awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha mencari Acap perlu tepati syariat, tidak pohon dengan makhluk lain - Mufti Wilayah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/04/2019
09:18 MYT
Usaha mencari Acap perlu tepati syariat, tidak pohon dengan makhluk lain - Mufti Wilayah
Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendengar taklimat mengenai operasi pencarian Mohamad Ashraf Hassan di Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang, Gopeng, Perak pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meluangkan masa pada Selasa meninjau operasi pencarian peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu.
Zulkifli tiba di Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang, kira-kira pukul 1 petang selepas menghadiri program di Penjara Tapah.
Dalam lawatan kira-kira 30 minit itu, beliau mendengar taklimat operasi daripada Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu.
Bercakap kepada pemberita, Zulkifli mengingatkan semua pihak supaya melakukan pencarian mengikut syariat Islam sebenar.
Beliau berkata, keyakinan dan percaya kepada Allah adalah perkara sebaiknya dalam meminta petunjuk termasuklah dengan berdoa dan solat hajat.
"Cara yang dibuat apabila tidak menepati syariat Allah seperti memohon dengan makhluk lain dan menjangkakan bahawa ia memberi kesan dan kuasa, adalah tidak bertepatan dengan apa yang diajar: "Tiada sedaya tiada upaya kecuali dengan Allah SWT," katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau meminta semua rakyat di negara ini bersatu hati dalam membantu usaha pencarian mangsa.
"Saya yakin ada titik pengakhiran iaitu penemuan. Kami berdoa kepada Allah SWT supaya Allah mengembalikannya kalau pada alam lain tetapi kalau pada alam kita agar dijumpai semula, Insya-Allah.
"Kita doakan mangsa dalam keadaan selamat dan sejahtera. Mudah-mudahan ia berakhir secepat yang mungkin," ujar beliau lagi.
BACA: Kehilangan Mohamad Ashraf tiada unsur khianat - Polis
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Gopeng Ultra Trail
#Mufti Wilayah Persekutuan
#Mufti Wilayah tinjau operasi pencarian Mohamad Ashraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan