Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan beberapa individu lain.
Beliau turut menegaskan, tidak akan campur tangan dalam kes berkenaan.
"Susulan penahanan ini, saya menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan.
"Saya tidak akan campur tangan dalam kes ini dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan berdasarkan proses undang-undang," kata Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kenyataan media yang diedarkan pada Isnin.
BACA: ADUN Dengkil, Adhif Syan nafi ditahan polis, positif dadah
BACA: ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan
Awal pagi ini, seorang ADUN Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi.
Kesemu mereka ditahan pada jam 4.45 pagi di sebuah kondominium di Jalan Puchong.
Penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.
Dalam kenyataan itu juga, Muhyiddin berkata, individu yang bernama Pizi Jihat yang turut ditahan dalam serbuan berkenaan bukannya pegawai beliau seperti dilaporkan.
Sebaliknya, Piji, jelas Muhyiddin, merupakan kakitangan di ibu pejabat Bersatu.
Astro Awani
Mon Jan 13 2020
Muhyiddin Yassin menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasat ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan beberapa individu lain. - Gambar fail
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
ADUN Dengkil nafi antara 5 ahli Bersatu alih sokongan kepada kerajaan Selangor
ADUN Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh menafikan dakwaan dirinya antara lima individu daripada Bersatu-Perikatan Nasional (PN) di Selangor yang mengisytiharkan beralih sokongan kepada kerajaan negeri.
Perhimpunan Agung Bersatu bermula 25 Jun
Pencalonan bagi pemilihan parti akan bermula pada 26 Jan, disusuli mesyuarat peringkat cawangan yang bermula 15 Feb hingga 29 Mac manakala mesyuarat di peringkat bahagian pada 18 April.
Adhif Syan kekal digantung jawatan Ketua Armada Selangor
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal menggantung jawatan Adhif Syan Abdullah sebagai Ketua Armada Selangor.
Isu dadah: Kempen Warisan tidak terjejas
Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, fokus utama parti adalah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di Parlimen Kimanis.
Dakwaan ADUN ditahan: KPN sahkan 16 daripada 17 positif dadah, identiti tidak didedah
Ketua Polis Negara sahkan penahanan 17 individu dalam satu serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini awal pagi Isnin.
Muhyiddin serah kes ADUN ditahan kepada polis
Muhyiddin Yassin menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasat ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan beberapa individu lain.
ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan
ADUN Dengkil nafi beliau ditangkap polis, dalam masa sama Pengerusi Bersatu Selangor, sahkan penahanan seorang ADUN dari parti itu.