awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mujahid berlepas ke New Zealand 3.30 petang ini

Bernama
Bernama
21/03/2019
02:52 MYT
Mujahid berlepas ke New Zealand 3.30 petang ini
Mujahid juga akan menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah di salah sebuah masjid yang telah diserang serta menyampaikan khutbah Jumaat. - Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan bertolak ke New Zealand pada 3.30 petang ini untuk bertemu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan rambang di Christchurch Jumaat lepas.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Mujahid yang mewakili kerajaan Malaysia akan tiba di Christchurch esok dan bertemu keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi.
"Selepas bertemu keluarga mangsa, Mujahid juga akan menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah di salah sebuah masjid yang telah diserang serta menyampaikan khutbah Jumaat," demikian menurut kenyataan itu.
BACA: Sumbangan NZD30,000 #Sinar4NZMartyrs diagihkan hari ini
Difahamkan seluruh keluarga Allahyarham telah berada di Christchurch memandangkan bapanya, Mohd Tarmizi Shuib, 42, turut cedera dan menerima rawatan.
Mujahid menyeru agar semua masjid di seluruh Malaysia dapat mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham selepas selesai solat Jumaat esok.
BACA: Tragedi Christchurch: Dua lagi jenazah selamat dikebumikan
Muhammad Haziq merupakan antara 50 orang yang terbunuh dalam tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang lelaki 'white supremacist' (percaya bahawa hanya golongan kulit putih paling mulia) di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch.
Selain bapa Mohd Haziq, dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.
BACA: Tragedi Christchurch: Wisma Putra sahkan kematian Haziq
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#Christchurch
#jenazah
#keluarga
#kerajaan
#mangsa
#Mohd Tarmizi Shuib
#Muhammad Haziq Mohd Tarmizi
#Mujahid Yusof
#New Zealand
#rakyat Malaysia
#serangan pengganas
#solat jenazah ghaib
#tembakan
#Tragedi Solat Jumaat
#white supremacist
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan