awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbangan NZD30,000 #Sinar4NZMartyrs diagihkan hari ini

Sinar Harian
Sinar Harian
21/03/2019
02:29 MYT
Sumbangan NZD30,000 #Sinar4NZMartyrs diagihkan hari ini
Sinar Harian melancarkan Tabung Kecemasan Mangsa Tragedi di New Zealand untuk meringankan beban ahli keluarga yang terlibat.
Sejumlah NZD30,000 daripada jumlah keseluruhan tabung khas #Sinar4NZMartyrs akan diagihkan kepada tiga keluarga rakyat Malaysia yang cedera termasuk keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi serta kepada mangsa yang lain.
Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, sehingga hari ini jumlah derma yang berjaya dikumpulkan kira-kira RM90,000 dan sebanyak NZD30,000 akan diserahkan kepada keluarga mangsa, hari ini.
BACA: Serangan pengganas Christchurch: Angka kematian meningkat kepada 50
"Sumbangan akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang akan berlepas ke New Zealand petang ini.
"Ini adalah agihan pertama. Insya-ALLAH agihan selanjutnya akan dibuat dari masa kesemasa kerana derma masih diterima," katanya di sini hari ini.
BACA: Tragedi Christchurch: Wisma Putra sahkan kematian Haziq
Menurutnya, serahan akan dibuat Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah mewakili Sinar Harian kepada Mujahid di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum menteri berkenaan berangkat.
Difahamkan, Mujahid akan berangkat ke New Zealand kira-kira jam 1 petang.
BACA: Sasar RM2 juta bagi Tabung Kecemasan Mangsa Tragedi di New Zealand
Topic Berkaitan
#cedera
#Christchurch
#derma
#Hussamuddin Yaacub
#Karangkraf
#KLIA
#mangsa
#masjid
#meninggal dunia
#Muhammad Haziq Mohd Tarmizi
#Mujahid Yusof
#New Zealand
#rakyat Malaysia
#serangan pengganas
#Sinar Harian
#Sinar4NZMartyrs
#sumbangan
#tabung
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan