Meskipun terpaksa menahan sakit akibat kanser usus ketika menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, berjaya mencatat A dalam kesemua enam mata pelajaran.
Beliau yang kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kelihatan tidak bermaya namun siapa sangka dalam keadaan seperti itu, kejayaan berpihak kepada dirinya.
Menurut ibunya Ani Harun, 48, anak bongsu daripada empat beradik itu sangat tabah menghadapi dugaan, walaupun sakit anaknya itu tetap bersungguh-sungguh menjawab soalan peperiksaan.
Katanya anaknya itu mengambil peperiksaan bersama lima lagi murid lain yang mendapat rawatan di hospital berkenaan September lalu.
MESTI BACA: UPSR 2016: 'Kenapa jadi begini?'
MESTI BACA: Hanya 1.11 peratus pelajar capai semua 'A'
DI SEBALIK LENSA: Suka duka murid terima keputusan UPSR 2016
"Memang dia antara murid yang disasarkan memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini.
"Saya sebenarnya tidak mengharapkan sangat sebab kasihan melihat keadaannya tetapi mungkin berkat kesungguhan dia sendiri, kejayaan tetap menjadi miliknya," katanya ketika ditemui Bernama di hospital itu, hari ini.
Kejayaan Wan Adibah Farhani turut dikongsi guru besar sekolahnya, Tuan Khamsiah Tuan Yusoff dan beberapa guru lain yang hadir sendiri ke HUSM bagi menyampaikan keputusan berkenaan, di mana Wan Adibah Farhani adalah seorang daripada tiga murid sekolah tersebut yang memperoleh keputusan 6A.
Tuan Khamsiah berkata, Wan Adibah Farhani seorang murid cemerlang dan menjadi harapan sekolah.
"Keputusan ini membuktikan penyakit yang dihidapi selama ini tidak pernah menjadi batu penghalang untuk beliau meraih kejayaan malah sudah pasti beliau menjadi inspirasi kepada murid lain," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
Murid tahun 6, Wan Adibah Farhani Wan Mazlan dari Sekolah Kebangsaan Ibrahim 2, Pasir Mas memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2016. - Foto Bernama
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Salina Yussof meninggal dunia di rumah jagaan
Salina Yussof, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Rumah Jagaan Warga Emas Mercy.
Anak perempuan beri perkembangan Pele dengan gambar bergerak
Kely sebelum ini mengesahkan bahawa Pele akan tinggal di hospital sepanjang tempoh perayaan Krismas tahun ini.
Piala Dunia Qatar: Pele dalam keadaan stabil di hospital
Pemain legenda itu dilaporkan dipindahkan ke ICU kerana tidak lagi bertindak balas terhadap rawatan kemoterapi.
Presiden PEKEMA Sarawak Abang Khalid meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun kerana kanser usus tahap tiga.
Pele dimasukkan ke hospital namun 'stabil'
Beliau memerlukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam usus September lalu dan sejak itu terus menjalani kemoterapi.
Ciapan terakhir 'Black Panther', Chadwick Boseman cipta rekod 'likes' terbanyak dalam sejarah Twitter
Twitter mengesahkan ciapan terakhir dalam laman sosial rasmi Boseman itu mendapat likes paling banyak dalam sejarah Twitter.
'Rest in power, King' - Pemergian Chadwick Boseman ditangisi rakan artis
Kematian Boseman diratapi komuniti kulit hitam yang menganggap beliau seorang legenda dalam memperjuangkan nasib golongan itu.
HUSM jadi tumpuan rawatan kanser
HUSM kini menjadi hospital tumpuan di negara ini terutama di Pantai Timur bagi merawat penyakit kanser berikutan terdapat ramai pakar perubatan.
Raja Iskandar Al Hiss, bekas Ketua Pemuda Pas Perak, meninggal dunia
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat kanser usus yang dideritai sejak dua tahun lalu.
Bantuan segera kepada tiga beranak tidur di hospital
Shahaniza berkata, kisah keluarga Sarina Endut telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.