awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid sesak nafas ketika program rumah terbuka sekolah berlangsung

Bernama
Bernama
20/06/2019
20:07 MYT
Murid sesak nafas ketika program rumah terbuka sekolah berlangsung
Petugas keselamatan memeriksa sebahagian murid mangsa pencemaran udara yang mendapatkan rawatan di Sekolah Agama Taman Mawar pada Khamis. - Foto Bernama
Kejadian pencemaran udara terbaru yang menjejaskan 15 mangsa termasuk 13 murid dari dua sekolah di Pasir Gudang pada Khamis, dilaporkan berlaku ketika berlangsung sesi pembelajaran dan program rumah terbuka Aidilfitri di sekolah terbabit.
Guru Besar Sekolah Agama Taman Mawar, Rahmah Yahaya berkata pembelajaran sesi petang di sekolahnya berlangsung kira-kira 2.30 petang.
Namun tidak lama selepas itu, terdapat seorang murid perempuan dilaporkan telah pengsan, sebelum kejadian turut berlaku ke atas murid lain, yang kebanyakannya di tingkat atas.
“Ada seorang pelajar pengsan, ada juga pelajar yang sakit perut, pening, muntah-muntah dan menangis kerana sesak nafas.
“Kami kemudian segera mengumpulkan mereka dan menghubungi pihak ambulans, bomba serta pihak berkuasa lain,” katanya ketika ditemui Bernama di sekolah berkenaan, pada Khamis.
BACA: Penduduk dakwa terhidu bau tengik sejak petang Rabu
Sementara itu, seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4 - Mohamad Addam Azfar Azlan, 8, berkata dia mengalami simptom muntah dan pening secara tiba-tiba semasa menghadiri rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan pihak sekolahnya, kira-kira 3.30 petang.
“Selain saya, ada juga kawan-kawan yang lain muntah. Rasa susah bernafas sedikit dan pening-pening tetapi tiada bau busuk atau bau lain,” katanya.
Mengalami situasi sama seperti Mohamad Addam ialah Ahmad Dhamidi Imran, 8.
Katanya, dia turut mengalami mual-mual dan muntah namun tidak pasti disebabkan oleh apa.
Dalam pada itu, ibu Mohamad Addam - Nurul Aisyah Mohd Ramli, 33 berkata dia yang sedang bekerja ketika kejadian, bergegas ke sekolah anaknya sebaik mendapat maklumat.
“Saya terkejut dan segera ke sini, jururawat yang memberi rawatan membenarkan anak saya pulang namun perlu ke klinik atau hospital jika simptom dirasai lagi,” katanya.
Dakwa Nurul Aisyah, semenjak beberapa hari yang lepas, dia ada menerima mesej daripada kumpulan WhatsApp kilangnya yang mengadu mengenai bau yang kurang menyenangkan di kawasan sekitar dan mengarahkan penduduk untuk memakai penutup muka dan mulut.
Topic Berkaitan
#Rahmah Yahaya
#Sekolah Agama Taman Mawar
#Sekolah Kebangsaan SK Pasir Gudang 4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan