"Mula-mula rasa takut nak pergi sekolah, tetapi selepas nampak Pak Nil, terus hilang takut," kata Arsyad Mohd Asmadi, 7 tahun.
Arsyad antara 666 murid Sekolah Kebangsaan Permatang Badak yang diceriakan dengan kehadiran pengacara popular Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, Pak Nil, pada hari pertama sesi persekolahan 2019 hari ini.
Kata Arsyad, dia teruja dapat bertemu dengan pengacara popular itu kerana sebelum ini hanya asyik melihatnya di kaca televisyen sahaja.
"Hari ini dapat tengok Pak Nik depan mata… seronok sangat, lagi bersemangat saya hendak ke sekolah," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sekolah pagi tadi.
BACA: Masuk sekolah di hari pertama, Aznil Nawawi tukar profesion?
Rakan sebayanya, Muhammad Aminuddin Abdullah, berkata mereka hanya tahu tentang kehadiran Pak Nil selepas datang ke sekolah.
"Pak Nil pesan suruh rajin ke sekolah, jangan takut dan malu... kena bersemangat," katanya.
Sementara itu, pengacara yang sangat sinonim dengan program realiti Akademi Fantasia itu berkata, beliau teruja kerana berpeluang mendekati murid-murid, terutamanya anak-anak berusia tujuh tahun yang pertama kali ke sekolah.
"Saya seronok melihat wajah gembira mereka. Mudah-mudahan, perkongsian yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada mereka.
"Hari pertama bersekolah memberi pelbagai perasaan kepada kanak-kanak, terutama murid Tahun Satu. Jadi kita cuba suntikan kepada mereka bahawa sekolah adalah tempat yang menyeronokkan," ujarnya.
Jelasnya, kunjungan itu adalah salah satu satu inisiatif Kementerian Pendidikan bersama Yayasan Pesona yang diasaskan selebriti itu, sebagai memenuhi matlamatnya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berhubung pembinaan sahsiah diri bersama pelajar-pelajar sekolah.
"Sehingga kini, saya sudah pergi ke tiga sekolah iaitu SK Seberang Dungun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai di Dungun, Terengganu semalam, dan hari ini di SK Permatang badak," tambahnya.
Noraniza Kamsani
Wed Jan 02 2019
Aznil bersama murid-murid Tahun Satu di SK Permatang Badak hari ini. - Astro AWANI
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
“Terima kasih Universiti Malaya” - Aznil
Pelantikan sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaya disifatkan Aznil hadiah paling bermakna di hari kelahiran ke-61 beliau hari ini.
Koreografer legenda Ahmad Kassan meninggal dunia
Pak Nil menyifatkan Allahyarham sebagai sahabat yang sangat rapat dengannya dan tunjang utama kejayaan program Macam Macam Aznil.
Pak Nil mohon maaf, kesal 'prank' melampau peserta program
Pak Nil yang juga bertindak selaku mentor program tersebut berkata tindakan peserta itu sudahpun melampui batas.
Aznil teruja kembali ke pentas graduasi selepas 37 tahun
Pak Nil memberitahu kehadiran beliau buat julung kalinya ke istiadat konvokesyen berkenaan adalah sebagai Duta Alumni UM.
"Terima kasih rakyat Malaysia" - Aznil serah kutipan dana buat Zamani
Sebanyak RM100,000 yang dikumpul daripada orang ramai diharap bantu Zamani jalani rawatan sakit belakang.
Pak Nil kutip lebih RM100,000 biayai kos pembedahan Zamani Slam
Kutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.
Plot twist! Aznil terkedu terima Anugerah Khas MeleTOP
Sinonim dengan tema #tetibaAME2021, Anugerah Khas Meletop tiba-tiba 'memutar-belit' plot apabila Datuk Aznil yang merupakan pengumum bagi Kategori itu adalah penerima anugerah tersebut.
Aznil kongsi rezeki dengan 500 rider e-hailing
Semoga semakin murah rezeki Pak Nil yang memang terkenal dengan sikapnya yang gemar melakukan jariah.
Banjir: Hari ini, hari mereka... siapa tahu, esok lusa hari kita pula - Aznil
Sebahagian daripada diri Aznil Nawawi rasa bersalah jika tidak turun padang membantu mangsa-mangsa banjir.
Aznil berhasrat taja suntikan vaksin COVID-19 kepada yang memerlukan
Aznil sentiasa mencari ruang untuk mengejar saham akhirat dengan membantu golongan memerlukan.