Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan bahawa jasad 13 warganegara Malaysia yang terlibat dalam kemalangan bas di utara Thailand pada Ahad akan dibawa pulang menggunakan pesawat Malaysia dengan kerjasama Tentera Udara Thailand.

Menerusi laman Facebooknya, Hishammuddin berkata, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli menjelaskan bahawa jasad rakyat Malaysia akan dibawa menggunakan pesawat C130 Malaysia dan Tentera Udara Thailand.

Menurut laporan, bas yang membawa 22 warganegara Malaysia terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai, semalam.

Seramai 13 rakyat Malaysia telah terkorban dalam nahas ini, manakala, 9 lagi cedera dengan 4 orang cedera parah dan 5 lagi mengalami cedera ringan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi waktu Bangkok di daerah Doi Saket, Chiang Mai.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli brief akan bawa balik melalui C130 kita & Tentera Udara Thai

Posted by Hishammuddin Hussein on

BACA: 13 mayat nahas bas ditempatkan di Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital

BACA: 15 waris mangsa kemalangan bas Thailand dibawa ke Chiang Mai


Terdahulu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok telah berada di daerah Doi Saket, wilayah Chiang Mai untuk memberikan perkhidmatan konsular kepada mangsa-mangsa nahas serta ahli keluarga yang terlibat dengan kemalangan tragis itu.