Ibu bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Batu Putih di sini, akan kembali ke tanah air hari ini untuk urusan pengebumian insan tersayang mereka.
Seorang daripada saudara mangsa kemalangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Basir, berkata berita pemergian tiga beradik itu disampaikan oleh ejen pengurusan umrah yang disertai anggota keluarga mangsa.
"Saya difahamkan berita sedih itu diterima ibu dan bapa mangsa semasa mereka sedang melakukan tawaf umrah. Mereka reda dengan pemergian tiga beradik itu.
"Mereka juga membuat keputusan pulang ke Malaysia untuk melihat anak mereka buat kali terakhir. Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 pagi (Ahad) dan terus bertolak ke Kemaman," katanya.
Basir berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, pada Sabtu.
Pada awal pagi tadi, tiga beradik, Wan Nur Athirah Wan Kamaruzzaman, 27, Wan Nur Afifah, 25, dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, 14, terkorban selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam parit.
Kemalangan pada 5 pagi itu juga menyebabkan ibu saudara mereka Salmah Ibrahim, 58, dan anaknya Nurul Aliani Zawawi, 25, cedera di muka dan sedang dirawat di HTAA.
Kejadian berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu selepas menghantar ibu bapa mereka, Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad dan Rosnani Ibrahim serta adik mereka Wan Nur Aqilah ke KLIA untuk mengerjakan umrah pada Khamis lalu.
Jenazah tiga beradik itu dibawa ke Hospital Kemaman pada Sabtu malam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapur, Binjai, selepas ketibaan anggota keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2017
Ibu bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Batu Putih di sini hari ini, akan kembali ke tanah air esok untuk urusan pengebumian insan tersayang mereka. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Buruh Bangladesh ditemukan lemas selepas ditarik ombak
Seorang buruh warga Bangladesh ditemukan lemas selepas dipercayai ditarik ombak semasa mandi di pantai Kampung Baru Gebeng di sini hari ini.
Kanak-kanak diterbangkan ke HTAA bukan disebabkan strok haba
JKNP mengesahkan kejadian kanak-kanak lelaki dari Pulau Tioman dikejarkan ke HTAA menggunakan helikopter, bukan disebabkan oleh strok haba.
Tiada mogok di HTAA dan HSA, keadaan normal
Pengawal keselamatan juga memaklumkan tiada sebarang arahan daripada pihak pengurusan untuk mengawal ketat hospital terbabit.
Isu pakaian di HTAA: Salah faham antara pengawal keselamatan, pelawat
Insiden ketika waktu melawat itu berkemungkinan akibat salah faham mengenai definisi berpakaian untuk masuk ke hospital oleh pengawal keselamatan.
TUDM terbangkan tiga ibu mengandung dari Felda Selancar ke Kuantan
Tiga ibu mengandung berisiko tinggi diterbangkan dengan helikopter TUDM ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dari Perwira Jaya.
Pesakit kanser maut dipercayai terjun bangunan HTAA - Polis
Pesakit berusia 55 tahun yang ditemukan pada 2.25 pagi dalam keadaan meniarap dan berlumuran darah.
Kubikel diilhamkan doktor, siap dipasang di HTAA
13S Cubicle berkesan untuk mengasingkan petugas kesihatan dengan pesakit, semasa mengambil sampel seperti ujian tekak dan dalam masa sama tidak melemaskan petugas.
Ahli perniagaan maut ditembak
Ketika sampai di rumah yang disewa mangsa, rakannya keluar dari kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki mereka sebelum datang individu tidak dikenali menembak ahli perniagaan itu.
Susah cari parkir di HTAA? Van perantara jadi penyelesaian sementara
Kementerian Kesihatan maklum dengan masalah yang sering mendapat rungutan orang ramai itu dan mengatasinya sementara dengan menyediakan perkhidmatan itu.
Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.