Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Najib dan Rosmah tiba di Bukit Aman untuk diambil keterangan

Najib dan Rosmah tiba di Bukit Aman untuk diambil keterangan
Petang ini, Najib dan Rosmah akan diambil keterangan oleh SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor pagi ini.

Kedua-dua mereka tiba sekitar jam 10 pagi menerusi Pintu B Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal Januari lalu.

Keterangan mereka akan dirakam Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Difahamkan, Najib dan Rosmah pada sebelah petang akan diambil keterangan oleh pihak SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah selepas solat Jumaat.
BACA: Rakaman audio SPRM: Polis akan ambil keterangan Najib, Rosmah minggu depan

Minggu lalu, polis telah mengambil keterangan seramai 12 saksi bagi membantu siasatan dalam kes pendedahan sembilan rakaman audio berkaitan konspirasi jenayah peringkat tertinggi.
Individu yang telah dirakam percakapan termasuk Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.