Bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid akan didakwa pagi ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah.
Najib dan Mohd Irwan berdepan enam pertuduhan pecah amanah membabitkan RM6.63 bilion manakala Hasanah pula berdepan satu pertuduhan pecah amanah melibatkan jumlah USD12.1 juta atau RM50 juta.
Pertuduhan ke atas ketiga-tiga mereka didengar di hadapan hakim Azman Ahmad.
Najib dan Mohd Irwan didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.
Terdahulu, Najib tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan kereta Proton Perdana hitam bernombor TN50 pada pukul 8.19 pagi, Mohd Irwan dengan kenderaan SPRM pada pukul 8.15 pagi.
Sementara itu, Hasanah tiba pada pukul 8.20 pagi tetapi tidak masuk melalui pintu utama.
Najib diwakili barisan peguam yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diikuti Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan, Muhamad Farhan Muhamad Shafee dan Syahirah Hanapiah.
Sementara itu, Mohd Irwan diwakili barisan peguam diketuai, Datuk K Kumaraendran, diikuti Dev Kumaraendran, Lavinia Kumaraendran, Datuk Geethan Ram Vincent dan Revin Kumar.
BACA: Rumah Irwan Serigar digeledah
BACA: Najib, Irwan Serigar, Hasanah didakwa kes pecah amanah - SPRM
Ketika prosiding bermula kira-kira jam 9:15 pagi, Muhammad Shafee meminta prosiding ditangguhkan 30 minit untuk berbincang mengenai kesemua pertuduhan.
“Kami hanya terima senarai enam pertuduhan itu lima minit sebelum jam 9 pagi. Kami perlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk berbincang.
“Draf pertuduhan ditunjuk sepintas lalu kepada Najib ketika beliau memberi kenyataan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam,” katanya yang turut mempersoalkan mengapa senarai pertuduhan tidak diberikan terus kepada barisan pembelaan.
Pihak pendakwaan diketuai Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram diikuti Kamal Bahrin Omar dan Ahmad Sazilee Abdul Khairi.
Turut kelihatan hadir mengikuti prosiding adalah Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi, dan anak lelaki Najib, Mohd Ashman Najib.
Wan Syamsul Amly, Dania Zainuddin
Thu Oct 25 2018
Najib tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 8.19 pagi hari ini. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Anwar semak dengan Perbendaharaan dakwaan mengenai Farhash
Anwar berkata beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan, selepas mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu.
"Saya boleh kata dua juta masuk UMNO" - Mat Hasan jawab Annuar Musa
Terpulang kepada bekas Setiausaha Agung UMNO itu untuk membuat kenyataan, namun, biarlah munasabah.
Projek perumahan tak ada kena mengena dengan banjir Taman Sri Muda - Exco Selangor
Izham berkata, berdasarkan rekod, pemaju perumahan tersebut telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Perkukuh penyampaian maklumat peringkat akar umbi atasi persepsi negatif pengurusan pandemik
Mengambil contoh perolehan vaksin, Chandra berkata masalah utama yang dihadapi adalah kerana tindakan segelintir negara maju yang membolot vaksin.
Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM N.Sembilan
Sebaliknya, konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.
Dakwaan KKM manipulasi statistik COVID-19 tidak berasas - Ismail Sabri
Ismail Sabri menyifatkan dakwaan segelintir pihak bahawa KKM memanipulasi jumlah kes positif COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini adalah tidak berasas.
Audio tular: Zahid Hamidi seru ahli UMNO gerakkan media sosial
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli UMNO supaya menggerakkan media sosial mereka untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang bertujuan melemahkan parti.
Mahu selamatkan UMNO? Ketepikan pemimpin ada dakwaan mahkamah - Musa Hitam
Kesemua pemimpin UMNO yang sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah harus diketepikan sehinggalah membuktikan mereka tidak bersalah, kata Musa Hitam.
'Influencer' dakwa konsep video muzik 'Rampas' diubah kerana Stacy cemburu? Ini komen Akim
Akim membalas dakwaan seorang individu yang dipercayai influencer luar negara, kononnya babak membabitkannya dipotong kerana Stacy cemburu.
RM35.43 juta bukan untuk bina satu, tetapi tiga dewan di Pagoh - PMO
Ia melibatkan Dewan Gersik (RM13 juta), Dewan Masyarakat Bukit Pasir (RM16.66) juta dan Pusat Komuniti Bukit Kepong (RM5.77 juta)