awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
Greenland kekal di bawah Denmark, AS tidak akan langgar kedaulatan - Presiden Perancis
AFCON 2025: Aksi cemerlang Amad Diallo pastikan Ivory Coast ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib kata sukar dapat dokumen, kami dah lama ada - Wartawan WSJ

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2018
09:58 MYT
Najib kata sukar dapat dokumen, kami dah lama ada - Wartawan WSJ
Bradley Hope menerusi akaun Twitternya berkata dokumen yang didedahkan Najib diragui kesahihannya dan seolah terdapat unsur penipuan. - Gambar fail
Tiada perkara baru yang didedahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai sumbangan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud pada 2011 di Facebooknya, kata wartawan Wall Street Journal Tom Wright dan Bradley Hope.
Malah Wright menerusi akaun twitternya memberitahu telah lama memiliki dokumen yang bekas perdana menteri itu dakwa sukar untuk beliau miliki sebelum ini.
“Najib berkata dia ambil masa untuk mendapatkan dokumen derma Saudi ini. Kami sudah ada (dokumen) tersebut bertahun lamanya, dan tidak ada perkara baharu mengenainya. Dan ia tidak menjelaskan mengapa dia terima AS$681 juta tunai daripada 1MDB," ciap Wright.
BACA: Najib dedah bukti sumbangan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud
/2 Najib says its taken a while for him to get these documents on Saudi donations. Weve had them for years, and theres nothing new in them. And they dont explain why he received $681 million in 1MDB cash. Our book out in a week. #billiondollarwhale https://t.co/iqG2FFec7x
— Tom Wright (@TomWrightAsia) September 10, 2018
Manakala Hope menerusi akaun Twitternya berkata dokumen yang didedahkan Najib diragui kesahihannya dan mebndakwa seolah terdapat unsur penipuan.
"Dokumen yang anda sertakan adalah sebahagiannya mengelirukan (iaitu pemindahan, yang melindungi asal sebenar dana) dan sebahagiannya berdasarkan penipuan yang didakwa (surat yang dikatakan berasal dari putera Saudi, yang diwujudkan untuk mengelirukan pengawal selia dan bank)," ciap beliau.
The documents you've included are partly misleading (i.e. the wire transfers, which shield the true origin of the funds) and based partly on alleged fraud (the letter purporting to be from the Saudi prince, which was created to mislead regulators and banks) (2)
— Bradley Hope (@bradleyhope) September 10, 2018
Wright Dan Hope merupakan wartawan WSJ yang membongkar skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Mereka mendakwa tiada perkara baru yang didedahkan oleh Najib menerusi akaun Facebooknya semalam.
Pada Isnin malam, Najib menerusi akaun Facebooknya mendedahkan bukti sumbangan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud pada 2011 yang didakwa bertujuan membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Sumbangan itu dakwa Najib bertujuan bagi memastikan UMNO dan BN mampu bertahan, sekiranya berlaku kebangkitan rakyat ala Arab Spring di Malaysia.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud
#Arab Saudi
#Barisan Nasional
#bradley hope
#Malaysia
#Najib Razak
#Tom Wright
#UMNO
#WSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan