awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib Razak beri kenyataan lanjutan isu SRC International

Faiq Chong
Faiq Chong
22/05/2018
11:10 MYT
Najib Razak beri kenyataan lanjutan isu SRC International
Najib Razak keluar dari Pejabat SPRM setelah selesai memberi kenyataan berhubung isu SRC International Sdn Bhd dan akan disambung pada Khamis. Gambar Astro Awani.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi menyambung memberi kenyataan berhubung siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad, SRC International Sdn Bhd di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, antara lain beliau memberikan kenyataan lanjutan mengenai soal siasat berkenaan isu SRC International Sdn Bhd yang telah dijalankan pada tahun 2015.
"Statement (kenyataan) saya pada hari ini merupakan lanjutan kepada statement (kenyataan) tersebut dengan lebih terperinci dengan pengesahan dokumen dan juga beberapa detail (perincian) yang lebih menyeluruh lagi," katanya setelah keluar dari pejabat berkenaan.
Menurut Najib lagi, sebahagian daripada siasatan sudah selesai dan akan menyambung untuk memberi kenyataan bagi melanjutkan siasatan pada hari Khamis.
BACA: Najib Razak tiba di ibu pejabat SPRM
Pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di pejabat SPRM untuk memberi kenyataan berkenaan SRC International Sdn Bhd yang sedang disiasat, dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Beliau mengambil masa antara pukul 10 pagi sehingga pukul 2.45 petang dengan setengah jam masa rehat untuk memberikan kenyataan mengenai isu tersebut.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#2015
#Najib Razak
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan