'Harapan yang pernah terkulai layu... Menjadi segar mekar bawah bayanganmu...'
Pendedahan Astro AWANI terhadap nasib Nurul Shakina Teh Abdullah dalam laporan khas semalam, akhirnya mendapat maklum balas positif apabila Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) hari ini tampil untuk menawarkan bantuan kepada ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu.
Petang tadi, tiga wakil YAKEB hadir ke kediaman beliau di Taman Medan, Petaling Jaya dengan membawa beberapa khabar gembira buat Nurul.
Menurut Pengurus Besar YAKEB Zuhairi Abdul Manaf, sebagai seorang atlet yang tergolong dalam kalangan orang kurang upaya OKU dan pernah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa selain pencapaian yang mengagumkan ,Nurul sepatutnya berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
BACA: Dulu atlet pingat emas, Nurul kini menyanyi di tepi jalan
"Kita mengucapkan terima kasih juga kepada pihak Astro AWANI yang memaparkan dan memaklumkan kisah beliau.
"Ini adalah sesuatu yang baik kerana kita tidak nafikan sebilangan atlet ataupun bekas atlet OKU ini tidak mengetahui cara untuk menjadi ahli YAKEB selain tidak mengetahui manfaat yang mampu mereka perolehi selepas menjadi ahli YAKEB," ujar beliau.
Sebagai permulaan, jelasnya, Nurul telah didaftarkan sebagai ahli YAKEB dan pihak YAKEB telah bermesyuarat petang tadi bersama Institut Sukan Negara untuk menawarkan kursus Sains Sukan tahap 1 kepada beliau bagi membolehkan Nurul mengorak langkah untuk menjadi seorang jurulatih.
Tambah Zuhairi, memandangkan Nurul kini adalah ahli YAKEB maka beliau layak untuk mendapat manfaat perubatan dan bantuan kewangan.
"Buat masa ini kita lihat perlu dibantu dari segi kewangan dan YAKEB memang mempunyai peruntukan bulanan yang akan diberikan kepada beliau bagi tempoh jangka masa pendek ini.
"Kita telah berbincang dan bermesyuarat dengan ISN tadi dan kami telah bersetuju untuk menawarkan kepada beliau kursus Sains Sukan pada 2 November ini. Ia adalah sebahagian usaha untuk mengembalikan nama beliau dalam sukan yang pernah beliau ceburi," kata beliau.
Nurul bersyukur
Sementara itu, Nurul tidak menyangka pendedahan Astro AWANI semalam telah memberikan impak positif dan bersyukur dengan bantuan dan tawaran yang diterimanya.
Ia setidak-tidaknya memberikan sinar baharu kepada ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu untuk meneruskan kelangsungan hidup pada masa akan datang.
"Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih sangat kepada Astro AWANI yang sanggup mencari saya dan menyingkap kisah saya tentang siapa saya dahulu.
"Sebelum ini pun ada pihak datang tanya tentang latar belakang saya tapi tak macam Awani yang sanggup bersusah payah sehingga YAKEB datang ke rumah saya hari ini. Insya-Allah saya sambut baik tawaran mereka ini," ujarnya.
Nurul berharap agar ramai lagi atlet OKU sepertinya yang masih lagi tidak mengetahui tentang fungsi YAKEB dan belum mendaftar dengannya di luar sana agar segera mendaftar.
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Oct 23 2017
Nurul bersyukur melihat impak positif terhadap diri dan masa depannya. - Astro AWANI
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Muay Thai Perak giat jalani latihan intensif hadapi SUKMA 2024
Bernard berkata pasukannya tidak menghadapi sebarang masalah malah berada di landasan tepat dan berjalan seperti yang dirancang.
Perluas caruman KWSP, Perkeso kepada atlet bukan Program Podium - Atlet
Penembak veteran Nur Suryani menyifatkan cadangan itu sebagai adil memandangkan mereka juga memerah keringat mengharumkan nama negara.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat
Kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.
Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.
CDM yakin lebih ramai atlet negara sahkan slot Olimpik Paris 2024
Keyakinan itu menyusul selepas kejayaan Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama mengesahkan slot ke Olimpik semalam.