awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO perlu bantu kerajaan tangani isu kanak-kanak - Pewangi

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2018
09:40 MYT
NGO perlu bantu kerajaan tangani isu kanak-kanak - Pewangi
Nabilah berkata, usaha yang dibuat oleh kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang mahu melihat kembali akta berkaitan kanak-kanak sangat tepat pada masanya. - Gambar ihsan Pewangi
Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan & Pemikiran Kreatif (Pewangi) mengajak semua badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan wanita dan kanak-kanak tampil membantu kerajaan dalam menangani isu kanak-kanak.
Presiden Pewangi, Datin Nabilah Sanusi berkata usaha yang dibuat oleh NGO berkenaan sekurang-kurangnya dapat memberi maklum balas tentang apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk menambah baik akta berkaitan kanak-kanak.
Katanya, usaha yang dibuat oleh kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang mahu melihat kembali akta berkaitan kanak-kanak sangat tepat pada masanya.
"Pewangi berpendapat langkah yang diambil oleh KPWKM untuk menangani isu berkaitan kanak-kanak terutama yang melibatkan kematian akibat kecuaian sangat tepat pada masanya.
"Selain itu Pewangi juga berpendapat tindakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan bagi melihat kembali akta berkenaan merupakan tanda kesungguhan beliau menangani isu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nabilah berkata, Pewangi berharap semua NGO berkaitan wanita dan kanak-kanak dapat berbincang untuk mencari jalan bagi membantu kerajaan dalam perkara ini.
Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata KPWKM akan melihat kembali akta melibatkan kanak-kanak, termasuk peraturan yang berkaitan bagi mengurangkan kes kematian akibat kecuaian.
BACA: Akta berkaitan penjagaan kanak kanak akan diperketatkan - TPM
Menurut Wan Azizah, beliau sendiri sudah mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan bagi merealisasikan langkah itu.
Awal hari ini, bayi malang berusia 10 bulan, Naufal Amsyar Nabil Fikri, yang cedera parah di kepala dipercayai akibat terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya, menghembuskan nafas terakhir.
BACA: Naufal Amsyar, bayi 10 bulan meninggal dunia
Ayahnya, Nabil Fikri Anwar, 28 tahun, ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, anak tunggalnya itu meninggal dunia sekitar jam 9 pagi tadi selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Topic Berkaitan
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Johor
#Kanak-kanak
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#KPWKM
#Malaysia
#Muar
#Nabilah Sanusi
#Naufal Amsyar Nabil Fikri
#Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan & Pemikiran Kreatif
#Pewangi
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan