Polis Diraja Malaysia akan mengemukakan permohonan notis merah daripada Interpol bagi mengesan dan menangkap dua individu iaitu Low Taek Jho atau Jho Low dan Low Hock Peng. 



Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mereka berdepan sembilan pertuduhan susulan pembabitan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low berdepan lapan pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613), Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001. Hock Peng pula berdepan satu tuduhan.

Terdahulu, kesemua pertuduhan dibuat di Mahkamah Putrajaya hari ini dan pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas kedua-dua individu berkenaan.



Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM mendapati mereka telah melakukan pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan serta urus niaga yang dijalankan 1MDB. 



BACA: Jual Equanimity: Tidak wajar! - Jho Low

Memetik sumber, portal dalam talian The Edge melaporkan individu yang bernama Low Hock Peng dipercayai bapa Jho Low.

BACA: 1MDB mohon perintah mahkamah percepat jualan 'Equanimity'

Portal itu melaporkan kertas tuduhan berkenaan difailkan ‘in absentia’ (tanpa kehadiran tertuduh) di Mahkamah Sesyen Putrajaya pagi tadi.