awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orkim Harmony: Perompak ugut Kapten kapal sebelum melarikan diri

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2015
04:23 MYT
Orkim Harmony: Perompak ugut Kapten kapal sebelum melarikan diri
Orkim Harmony kini dalam pelayaran pulang diiringi oleh KD Handalan menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka memasuki pelabuhan pada jam 2 pagi Sabtu. - Foto Fail
Kapten kapal tangki MT Orkim Harmony, Nor Fazly Sahat mendedahkan ketua lanun telah mengugut beliau dan keluarganya akan diancam sekiranya mendedahkan rancangan perompak untuk melarikan diri.
Perkara itu dimaklumkan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat. Kronologi kejadian rompakan MT Orkim Harmony
Menurut Aziz, perompak turut mengambil butiran peribadi kapten kapal sebelum melarikan diri.
“Kelapan-lapan perompak tersebut melarikan diri menggunakan bot penyelamat MT Orkim Harmony kira-kira jam 8.30 malam Khamis dan turut mengambil butiran peribadi Kapten kapal, Master Nor Fazly.
“Ketua perompak juga mengugut untuk mengancam keselamatan keluarga beliau sekiranya mendedahkan rancangan mereka untuk meninggalkan kapal,” jelas Abdul Aziz dalam kenyataan tersebut.
Orkim Harmony: Kesemua kru diselamatkan, 8 perampas larikan diri
Orkim Harmony: Kru selamat, rundingan dengan perampas sedang dijalankan
Demi keselamatan keluarganya, kapten kapal hanya memaklumkan kepada KD Terengganu pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir lima jam setelah kesemua perompak melarikan diri.
Kata Abdul Aziz, sebelum kejadian, kapal pengiring KD Terengganu turut diugut oleh ketua perompak untuk menjarakkan kedudukan kapal kepada tidak kurang dari lima batu nautika dan sekiranya tidak, kru kapal akan dicederakan.
Dalam pada itu, TLDM telah meminta kerjasama Tentera Laut Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam misi memburu perompak-perompak tersebut.
“Tentera Laut Indonesia telah bersetuju untuk membantu mencari perompak –perompak tersebut di perairan Kepulauan Natuna. Persetujuan ini telah disuara dan dinyatakan oleh Kepala Staf Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Ade Supandi kepada Panglima Tentera Laut melalui perbualan telefon dan teks pesanan ringkas awal pagi Jumaat,” kata Abdul Aziz.
Kira-kira 2.30 pagi Jumaat, Kapal Orkim Harmony bebas dari tawanan perompak setelah lapan perompak melarikan diri ketika dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Natuna, Indonesia.
Kapal tersebut yang membawa Unlead Gasolin (ULG 95), iaitu minyak petrol RON 95 hampir 6000 tan matrik yang bernilai RM21 juta dilaporkan selamat ketika ditemui.
Kini MT Orkim Harmony dalam pelayaran pulang diiringi oleh KD Handalan menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba di pelabuhan pada jam 2 pagi Sabtu.
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Jaafar
#Indonesia
#Orkim Harmony
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan