awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah bawa kanak-kanak bergayut belakang kereta, pemandu ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2019
04:43 MYT
Padah bawa kanak-kanak bergayut belakang kereta, pemandu ditahan
Polis telah menahan seorang pemandu kereta jenis Toyota Vios susulan penularan video membawa kanak-kanak di belakang kereta yang sedang bergerak dipercayai di sekitar Pasir Gudang. -Gambar fail
Polis telah menahan seorang pemandu kereta jenis Toyota Vios susulan penularan video membawa kanak-kanak di belakang kereta yang sedang bergerak dipercayai di sekitar Pasir Gudang.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, penahanan lelaki berusia 49 tahun itu dibuat di kediamannya di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang kira-kira jam 7.45 petang semalam.
“Polis juga telah merampas kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai digunakan semasa kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
BACA: Polis kesan individu pandu kereta, dua kanak-kanak meniarap pada cermin belakang
Ismail berkata, polis juga mendapatkan keterangan daripada dua kanak-kanak yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.
“Kanak-kanak ini berusia 10 hingga 12 tahun yang dipercayai berada di bonet kenderaan itu semasa kejadian. Salah seorang mereka juga merupakan anak kandung kepada pemandu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata, suspek juga diperintahkan menjalani perintah reman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Ismail Dollah
#Pasir Gudang
#Seksyen 336 Kanun Keseksaan
#Taman Nusa Damai
#Toyota Vios
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan