awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan tak takut Najib makin popular - Mahfuz

Najib Aroff
Najib Aroff
19/01/2019
12:48 MYT
Pakatan Harapan tak takut Najib makin popular - Mahfuz
MAHFUZ: Saya akui populariti Datuk Seri Najib tidak pernah turun walaupun di peringkat antarabangsa atas isu-isu 1MDB sehingga kini. - Foto Astro AWANI
Populariti bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat kian meningkat tidak langsung mengusarkan Pakatan Harapan, apatah lagi menggugat keutuhan gabungan itu, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz berkata populariti Najib pasca kekalahan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya bersandar kepada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak lebih dari itu.
“Populariti beliau bukan baru hari ini meningkat, malah sudah lama dan terkenal seluruh dunia sejak isu 1MDB terbongkar.
BACA: Najib: Ya, memang saya 'like' posting Khalid Samad kerana....
“Saya akui populariti Datuk Seri Najib tidak pernah turun walaupun di peringkat antarabangsa atas isu-isu 1MDB sehingga kini.
“Jadi saya tidak bimbang. Rakyat ada pendirian sendiri,” katanya sambil menambah Najib adalah punca utama Barisan Nasional kalah PRU14.
Najib kini dilihat semakin aktif menjawab dan mengkritik kerajaan dalam pelbagai isu melalui laman media sosial miliknya, malah membiasakan diri menggunakan hashtag seperti #Bossku, #MaluApaBossKu.
Malah pemerhatian Astro Awani ketika Najib turun berkempen bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, sambutan terhadap beliau begitu hangat.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Barisan Nasional
#bossku
#Cameron Highlands
#Mahfuz Omar
#Maluapabossku
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan