awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasang bendera Kedah terbalik: Pemilik restoran, pekerja warga Bangladesh ditahan

Bernama
Bernama
22/08/2020
16:08 MYT
Pasang bendera Kedah terbalik: Pemilik restoran, pekerja warga Bangladesh ditahan
Kes disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63. Foto: Media sosial
Polis menahan pemilik restoran makanan laut dan seorang pekerjanya warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes memasang bendera Kedah secara terbalik di sebuah premis di Pekan Pandak Mayah, Kuah di sini petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya sebelum itu menerima maklumat awam selepas gambar bendera Kedah yang dipasang secara terbalik di restoran tersebut tular di media sosial.
"Maklumat mengenai kejadian tersebut diterima kira-kira 6 petang, susulan itu sepasukan anggota polis telah pergi ke restoran berkenaan.
"Hasil siasatan mendapati pemilik restoran itu, seorang lelaki berusia 58 tahun telah menyuruh seorang pekerja lelaki warga Bangladesh untuk memasang bendera Kedah namun tanpa disedari bendera tersebut telah dipasang secara terbalik," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Iqbal berkata susulan itu, polis menahan pemilik restoran dan pekerjanya berusia 32 tahun untuk membantu siasatan.
BACA: Isu bendera terbalik: KKMM, KPN adakan kempen hormati Jalur Gemilang - Halimah
"Kes disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#bendera terbalik
#Kedah
#Pekan Pandak Mayah
#pekerja asing
#pemilik restoran
#polis
#Polis Daerah Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan