awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Unit Khas ditempatkan di 6 'hotspot' MRT

Isabelle Leong
Isabelle Leong
20/02/2019
13:25 MYT
Pasukan Unit Khas ditempatkan di 6 'hotspot' MRT
LOKE: Selepas insiden samun yang berlaku minggu lepas, Prasarana mengambil langkah berjaga-jaga dan menambah anggota polis bantuan yang akan menjalankan rondaan dengan lebih kerap di sekeliling stesen sepanjang hari. - Astro AWANI/Isabelle Leong
Sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan dan ditempatkan di stesen Aliran Transit Massa (MRT) terutamanya di enam 'hotspot' stesen Aliran Transit Massa (MRT) bagi memastikan keselamatan pengguna berikutan kes samun seorang wanita di stesen MRT di Cheras baru-baru ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pasukan tersebut akan dibentuk daripada 1,300 anggota polis bantuan yang sedia ada yang tidak memakai pakaian seragam serta akan membuat rondaan di 115 stesen MRT.
"Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menyenaraikan 'hotspot' stesen MRT di mana jenayah kerap berlaku dan telah mengenal pasti terdapat enam stesen termasuk stesen Taman Mutiara Cheras, Batu 11, Bukit Bintang, Maluri, Kajang dan Pertama Cheras.
"Selepas insiden samun yang berlaku minggu lepas, pihak Prasarana mengambil langkah berjaga-jaga dan menambah anggota polis bantuan yang akan menjalankan rondaan dengan lebih kerap di sekeliling stesen sepanjang hari.
"Mana-mana pengguna MRT yang memerlukan khidmat pengiring daripada anggota polis bantuan yang berpakaian seragam untuk mengiringi mereka ke kawasan parkir boleh meminta bantuan daripada mereka," kata Loke kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu.
BACA: Samun MRT: Suspek cuba ubah penampilan 'cukur kepala' sebelum ditahan - Polis
Tambahnya, Kementerian Pengangkutan memberikan lebih fokus untuk menambahbaik ciri-ciri keselamatan di semua stesen pengangkutan awam bagi mengembalikan keyakinan penumpang-penumpang wanita terhadap keselamatan di tempat-tempat berkenaan.
"Pihak Prasarana dan KTM memastikan sistem lampu di fasiliti parkir di 'Park and Ride' adalah lebih baik dan tidak gelap gelita pada waktu malam.
"Buat jangka masa panjang, ciri penambahbaikan yang kita ingin laksanakan adalah keselamatan melalui tambahan litar untuk pemantauan yang lebih baik atau penambahan anggota," tambahnya.
Pada 14 Feb, seorang wanita berusia 48 tahun ditumbuk serta ditendang beberapa kali dalam kejadian samun di dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras, kira-kira 6.45 pagi.
Mangsa yang mengalami lebam dan kecederaan di bahagian muka, kepala, dan badan telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh pegawai Polis Bantuan Prasarana sejurus selepas kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke Siew Fook
#hotspot
#Menteri Pengangkutan
#MRT
#polis bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan