Seorang pelajar tahun akhir sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas.
Siti Noor Aishah Atam, 29, pelajar peringkat sarjana kursus Usuluddin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.
Siti Noor Aishah dituduh memiliki buku itu yang merupakan item berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), Islamic State (IS) dan Al Qaeda (AQ).
Dia yang kini ditahan di Penjara Kajang didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu pada 12.25 tengah hari, 22 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.
Pada 19 April lepas wanita berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu atas pertuduhan itu. Hari ini kesnya disebut di Mahkamah Tinggi di sini.
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari hari mulai 5 Sept untuk perbicaraan kes itu.
Tertuduh diwakili peguam Mohd Kamaruzaman A. Wahab, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norakmal Farhan Aziz.
Bernama
Mon Jul 25 2016
Pertuduhan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Pelajar tahun akhir IPTA didakwa miliki 12 buku berkaitan pengganas
Siti Noor Aishah Atam, 29, pelajar peringkat sarjana kursus Usuluddin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.