Seramai 44 orang mahasiswa Universiti Teknologi Petronas (UTP) berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi penggunaan 30,050 'stick bomb' dengan binaan sepanjang 703.2 meter.
Bagi mencatat rekod tersebut, syarat yang ditetapkan MBR ialah, pelajar perlu menggunakan sekurang-kurangnya 20,000 bilah kayu dengan binaan anyaman sepanjang 500 meter, menjadikan ia percubaan kali pertama di Malaysia.
Menurut pengurus projek, Nur Shamilah Shadun Zubiar, 20 tahun, persediaan untuk mencipta rekod itu bermula sejak Januari lalu, di samping cabaran utama iaitu cuaca yang boleh merencatkan pergerakan stick bomb tersebut.
Katanya, stick bomb yang dihasilkan bersama rakan mahasiswa tahun kedua dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal itu mengambil masa tiga jam untuk dianyam dan memerlukan masa 10 minit untuk ‘dilentikkan’.
"Kami pilih stick bomb kerana ia ada kaitan dengan istilah kejuruteraan kimia, iaitu berkaitan tenaga elastik, tenaga kinetik, dan sebagainya.
"Kami hendak tunjukkan yang fizik adalah sesuatu yang mudah dan menyeronokkan," katanya kepada pemberita di Foyer Kompleks Canselori UTP di sini pada Rabu.
Stick bomb atau bilah kayu aiskrim itu dianyam menjadi bentuk rantaian ‘x’ bagi menghasilkan tindakan berantai, mempamerkan prinsip asas fizik berkaitan tenaga kinetik.
Ujarnya, mereka berlatih sekurang-kurangnya 30 kali sebelum dapat mencipta rekod tersebut dan setiap kali berlatih akan menggunakan kayu yang sama, di samping berhadapan dengan cabaran faktor kayu yang sensitif terhadap cuaca.
"Antara cabaran utama dalam menghasilkan stick bomb ini ialah memastikan setiap peserta mahir menganyam kayu ini.
"Malah kayu ini juga sensitif terhadap kelembapan dan tidak elastik jika ia dipakai banyak kali," kata Nur Shamilah.
Pengesahan rekod diumumkan wakil MBR, Lee Pooi Leng selepas rantaian anyaman bilah kayu itu berjaya dilentik meskipun beberapa kali berdepan masalah teknikal.
Program ini juga dianjurkan oleh American Society of Mechanical Engineers UTP dengan kerjasama Prof Madya Dr Mokhtar Awang.
Sementara itu, seorang pelajar yang mengambil bahagian dalam rekod tersebut, Dinesh Roy Brian, berkata kejayaan rekod itu membantu dalam melengkapkan pelajar dengan kemahiran komunikasi dan teknikal.
"Kerjasama dalam pasukan kami memang terbaik. Walaupun kami semua ada kelas pada masa yang berbeza, namun semua berusaha untuk datang buat latihan.
"Sememangnya kami telah berusaha untuk buat yang terbaik pada hari ini," katanya.
Dalam pada itu, tambahnya, mereka akan membuat percubaan rekod baharu tahun hadapan dengan jumlah 40,000 hingga 50,000 stick bomb.
Astro Awani
Wed Sep 26 2018
Pengunjung menyaksikan pertunjukan 'stick bomb' yang berjaya memecah rekod MBR di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, 26 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Pelajar UTP catat rekod MBR dengan 30,050 'stick bomb'
Bagi mencatat rekod tersebut, syarat yang ditetapkan MBR ialah, pelajar perlu menggunakan sekurang-kurangnya 20,000 bilah kayu dengan binaan anyaman sepanjang 500 meter.
Stephen Hawking: Fakta garis masa jasa 'sang genius' dunia fizik
Sumbangan daripada beliau amat besar sehinggakan beliau dianggap sebagai salah satu pemikir terbesar dalam dunia fizik selepas Albert Einstein.
Saintis muda Nur Adlyka ingin jadi pensyarah astronomi di Malaysia
Saintis muda negara, Nur Adlyka Ainul Annuar, 27, bercadang pulang ke Malaysia untuk mendidik anak bangsa dalam bidang astronomi.
8 fakta menarik tentang mimpi
Tahukah anda, manusia normal tak mungkin bermimpi tentang orang yang tak pernah dikenali atau ditemui?
Ibu terkejut anak kembar punya bapa berlainan
Kejanggalan biologi itu dipanggil superfecundation, dan dilaporkan hanya berlaku satu dalam 13,000 kes kelahiran kembar.