awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Hala Tuju 1MDB dibentang di mesyuarat Kabinet hari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2015
23:37 MYT
Pelan Hala Tuju 1MDB dibentang di mesyuarat Kabinet hari ini
Pembentangan pelan Hala Tuju 1MDB di Kabinet hari ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai syarikat dana pelaburan negara tersebut.
Dalam usaha mengawal urus pelbagai persepsi yang dilemparkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Kementerian Kewangan akan membentangkan pelan Hala Tuju 1MDB ke mesyuarat Kabinet hari ini.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menyifatkan intipati pelan tersebut bagi menangkis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap syarikat dana pelaburan negara berkenaan.
Beliau mengharapkan, pembentangan tersebut mampu memberi gambaran sebenar mengenai 1MDB terutamanya dalam menjelaskan isu beban hutang berjumlah RM42 bilion.
“Kita mahu pelan ini membawa gambaran sebenar mengenai 1MDB dan dapat menyelesaikan salah faham yang selalu ditimbulkan pihak tertentu,” ujar beliau yang ditemui selepas merasmikan Konvensyen Koperasi Nasional 2015di ibu negara pada Khamis.
Pada Khamis, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal turut mengesahkan tentang pertemuan untuk membincangkan isu 1MDB di Kabinet.
“Kami memang membincangkan hal dan bertanyakan soalan (mengenai 1MDB) di Kabinet kerana itu sebahagian daripada tanggungjawab kami.
Kami perlu tahu apakah penjelasan untuk seterusnya disampaikan kepada umum serta tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan isu tersebut,” ujar Shafie. BACA: Kabinet perlu tahu setiap butir perkara mengenai 1MDB
Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan pendiriannya untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan isu dana 1MDB.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, dengan penubuhan suruhanjaya berkenaan, siasatan akan dijalankan secara telus dan lebih menyeluruh merangkumi kesemua dokumen berkaitan sekali gus menunjukkan sikap profesional Perkasa yang tidak mahu menuduh mana-mana pihak.
“Sebab itu saya kata (penubuhan) Suruhanjaya Diraja adalah yang terbaik. Jadi bila kita tubuhkan suruhanjaya ini, nanti ia akan dedahkan apa yang berlaku, siapa bertanggungjawab, siapa yang patut didakwa, ada kelemahan, ada kesalahan ke tidak," ujar beliau.
BACA: Penubuhan Suruhanjaya Diraja relevan - Perkasa
Sebelum ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad juga telah menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyatakan pendiriannya berhubung 1MDB.
Menurut beliau, pendirian tersebut perlu disuarakan bukan sahaja sebagai ahli UMNO, malah sebagai Timbalan Perdana Menteri namun harus dibuat melalui platform yang sewajarnya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#kabinet
#Pelan Hala Tuju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan