Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan satu habuan, sebaliknya satu tanggungjawab untuk negara dan seluruh bangsa di Malaysia.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata pelantikannya yang berkuat kuasa esok adalah bukti jelas tentang kebersamaan antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah lama terjalin.
"Pemikulan tanggungjawab ini tidak dapat saya elakkan, ia mengulangi sejarah lama apabila Najib yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan melantik saya sebagai Setiausaha Politik.
"...kemudian saya mengikut Najib sebagai Setiausaha Politik apabila beliau dilantik sehingga menjadi Menteri Pertahanan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang masih mengekalkan portfolio Menteri Dalam Negeri berkata: "Saya tak pernah menjangkakan dan membayangkan (pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri) tetapi Allah Taala yang menentukannya. Saya terima ini sebagai Qada dan Qadar".
Ahmad Zahid juga meminta semua anggota Kabinet, Anggota Majlis Tertinggi UMNO serta barisan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) supaya terus memberi sokongan padu kepada Najib.
Rombakan Kabinet itu menyaksikan lima menteri digugurkan dan tujuh orang dilantik sebagai menteri baharu.
Di BAGAN DATOH, masyarakat pelbagai kaum di kawasan Parlimen Bagan Datoh teruja dengan pelantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu.
Ahmad Zahid, yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, merupakan Timbalan Perdana Menteri pertama berasal dari Perak.
Bekas rakan sekolahnya Omar Saffian, 65, berkata beliau mengenali Ahmad Zahid sejak berusia 12 tahun ketika mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah Darat di sini.
"Pada ketika itu, Datuk Seri berada di Darjah Empat manakala saya di Darjah Enam. Kami sama-sama berjalan kaki ke sekolah setiap hari," katanya kepada Bernama ketika ditemui hari ini.
Omar yang bekerja sebagai pekebun kelapa, menyifatkan kepimpinan Ahmad Zahid terserlah sejak di bangku sekolah lagi.
"Datuk Seri merupakan pelajar yang pandai dan mesra dengan rakan-rakan sekolahnya. Saya berasa amat bangga bekas rakan sekolah menjadi Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh Khairuddin Termizi berkata seluruh anggota UMNO bahagian itu bersyukur dengan pelantikan Ahmad Zahid dalam Kabinet pimpinan Najib.
"Ini merupakan satu penghormatan kepada rakyat Bagan Datoh dan kami berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan (kepada Ahmad Zahid) dan ini merupakan amanah memikul tanggungjawab yang berat," katanya.
Beliau berkata satu majlis kesyukuran akan diadakan oleh UMNO Bahagian Bagan Datoh bagi meraikan pelantikan Ahmad Zahid dalam masa terdekat.
Pengerusi Gerakan Bahagian Bagan Datoh Tan Siak Koy berkata masyarakat Cina di kawasan itu memberi sokongan padu kepada Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Dengan pelantikan itu, kami berharap beliau akan memberi tumpuan kepada nasib masyarakat Cina yang majoritinya bekerja sebagai nelayan di Bagan Datoh," katanya.
Pengerusi MIC Bahagian Bagan Datoh R. Subramaniam pula berkata pengundi India kawasan itu berdiri teguh di belakang Ahmad Zahid yang sentiasa memberi perhatian dan mendengar permasalahan masyarakat India di sini.
Datuk Seri Najib mengumumkan pelantikan Zahid dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.
Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).
Menurut Najib selepas mengumumkan rombakan tersebut, langkah menggantikan Muhyiddin ialah satu keputusan yang amat sukar, namun terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri terus bergerak sebagai pasukan jitu.
Bernama
Tue Jul 28 2015
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan satu habuan. - Gambar BERNAMA
Puluhan terbunuh dalam pertempuran antara kaum di DR Congo - PBB
Puluhan orang awam telah terbunuh setakat bulan ini dalam pertempuran antara kaum yang berlaku di Republik Demokratik Congo.
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel satu tindakan berani - Nga
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang dilakukan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu langkah berani.
'Terpaksa jadi kekwat' - Sarimah Ibrahim sanggup belanja RM50,000 untuk jiwai watak
Sarimah berkata, beliau melakukan inisiatif itu bagi memastikan karakter yang dilakonkan dapat direalisasi sebaik mungkin mengikut kehendak watak yang digambarkan.
Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei
Sorakan penyokong menyemarakkan semangat beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun dalam aksi pusingan pertama kejohanan badminton Masters Malaysia 2024 hari ini.
21 individu dikejar ke hospital, bas langgar penghadang jalan di Singapura
Kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan siasatan sedang dijalankan.
Sasaran subsidi bahan api langkah wajar - Penganalisis
Sasaran subsidi secara tepat dapat mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Serangan balai polis Ulu Tiram: JKM sedia beri kaunseling pada keluarga mangsa - Noraini
JKM akan menyediakan sesi kaunseling kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lepas.
Penempatan 747 pegawai perubatan siswazah ringankan beban petugas kesihatan - KKM
Sejumlah 747 pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah masing-masing akan ditempatkan ke semua negeri bagi menampung kekurangan pegawai perubatan sedia ada.
Skuasy: Sivasangari calon pemain terbaik anugerah PSA
Jaguh skuasy negara S Sivasangari merupakan antara lima pemain wanita terbaik dunia yang dicalonkan bagi merebut gelaran Pemain Terbaik Wanita Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Subsidi diesel bersasar: Apa yang kita dapat?
Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science and Technology
Pelantikan sebagai TPM bukan habuan, tapi tanggungjawab - Ahmad Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan satu habuan.