Pemegang amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan pelbagai langkah perlu dilakukan institusi pendidikan di negara ini dan masyarakat dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bendera Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu tahu bagaimana menghargai bendera negara ini dengan penghormatan tertinggi dan usaha sedemikian boleh dilaksanakan oleh kementerian berkaitan dengan kerjasama media serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).
"Kita tidak sewajarnya mengambil ringan bendera kita kerana mengibarkannya dengan cara yang tidak wajar adalah memalukan dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia sama seperti menghina dan menunjukkan rasa tidak hormat kepada negara.
"Ia perlu diambil serius apabila berkaitan dengan bendera kita, yang juga melambangkan semangat sayang, bangga, patriotik, setia dan perpaduan kaum. Kejahilan rakyat dan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan sewajarnya mungkin disebabkan kurangnya semangat patriotik, kebanggaan, kesetiaan dan kepatuhan kepada negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, rakyat Malaysia juga harus ingat dengan bendera itu negara ini mencapai kemerdekaan dan membina kehidupan yang harmoni meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, warna kulit atau kepercayaan dan terus berusaha ke arah membina perpaduan dan negara yang mampan untuk generasi masa hadapan.
BACA: 'Tolong maafkan kami' - MABA mohon maaf insiden bendera Malaysia bintang pecah lima
BACA: "Budak 5 tahun pun boleh tahu.." - Syed Saddiq tidak terima alasan tersilap bendera'
BACA: Isu bendera Malaysia: Presiden MABA ambil cuti sukarela
BACA: Bendera bintang pecah lima: Polis siasat pelbagai aspek - Muhyiddin
Kenyataan Lee itu merujuk kepada kejadian baru-baru ini di mana Jalur Gemilang elektronik dengan bintang lima dipaparkan pada majlis pembukaan kejohanan bola keranjang di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Isnin lepas.
Bendera itu juga mengandungi 10 jalur merah dan putih berbanding 14 jalur pada bendera kebangsaan.
Bendera Malaysia mengandungi 14 bintang dan 14 jalur merah dan putih yang mewakili 13 negeri di negara ini dan Wilayah Persekutuan.
Lee juga mengingatkan rakyat Malaysia bahawa ia adalah tanggungjawab mereka sebagai rakyat yang patriotik untuk memastikan Jalur Gemilang tidak dipasang secara terbalik, lusuh dan pudar.
"Insiden baru-baru ini sebagai peringatan kepada semua bahawa apabila kita mengendalikan bendera kebangsaan atau negeri, pastikan ia dikibar atau dipaparkan dengan lambang yang betul.
"Kini Maba telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka susulan insiden itu yang tidak disengajakan, saya rasa ia perlu dimaafkan tapi harus menjadi pengajaran kepada semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019
Lee juga mengingatkan rakyat Malaysia bahawa ia adalah tanggungjawab mereka sebagai rakyat yang patriotik untuk memastikan Jalur Gemilang tidak dipasang secara terbalik, lusuh dan pudar. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Pelbagai langkah perlu diambil berkaitan isu bendera Malaysia - Lee Lam Thye
Pemegang amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan pelbagai langkah perlu dilakukan institusi pendidikan di negara ini dan masyarakat dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran