Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terus mempertahankan pembelian hartanah oleh MARA Inc. di Melbourne, Australia.

Menurutnya, semua pembelian hartanah yang dibuat adalah lebih rendah daripada nilai semasa hartanah sekali gus mendatangkan keuntungan kepada MARA Inc., sebuah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA).

"Dia punya hasil menjana sehingga kita mampu membayar hutang bank, di samping ada surplus (lebihan) lebih AU$100,000 atau RM2,864,000 sebulan.. ini fakta dan bukan angka yang direka," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa di German Malaysian Institute (GMI) di sini hari ini.

Jelas beliau, setakat penilaian terkini yang dibuat pada Disember 2014, Mara Inc memperolehi lebihan daripada pembelian hartanah itu serta menjana keuntungan lebih AU$16 juta (RM45 juta).

MARA
Senarai hartanah di Australia yang dibeli oleh MARA Inc. yang menunjukkan perbandingan harga semasa pasaran dengan harga yang dibeli oleh anak syarikat MARA itu.

"Pembelian dibuat di bawah harga pasaran yang ada, dan di samping itu yang menggembirakan saya aset ini sangat produktif," katanya.

Mohd Shafie turut menjelaskan bahawa tidak ada sebarang kerugian tentang pembelian hartanah tersebut.

"Bukannya ada kerugian... dan tidak ada perkara yang meragukan tentang aset ini," katanya.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa dakwaan yang mengatakan MARA telah mengurangkan jumlah pelajar disebabkan pembelian hartanah di luar negara adalah tidak benar.

Bagaimanapun, katanya MARA komited dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi siasatan isu berkenaan dan setakat ini beberapa langkah telah pun diambil termasuk menyerahkan dokumen berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan merehatkan sementar Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif MARA Inc.

BACA: Ramai perlu ambil tanggungjawab, termasuk Annuar Musa - Kit Siang

VIDEO: 2 pegawai kanan MARA Inc direhatkan

BACA: MARA cadang lantik firma antarabangsa jalankan audit hartanah

BACA: Rafizi tolong henti ambil kesempatan raih populariti - Annuar Musa


BACA: SPRM nafi dakwaan veteran DAP, kes hartanah diketahui sejak Dis 2014