Pemergian Allahyarham Datuk Ahmad A. Talib adalah satu kehilangan besar kepada negara, khususnya kepada dunia pemberitaan dan komunikasi.
Demikian luah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perkongsian di Facebooknya yang turut berduka atas pemergian tokoh wartawan itu pada petang Selasa.
“Saya dengan perasaan yang amat sedih mengucapkan takziah atas kembalinya ke Rahmatullah tokoh wartawan, Datuk Ahmad A. Talib petang Selasa.
“Semasa hayatnya, Allahyarham yang merupakan rakan akrab saya banyak menabur jasa dan bakti kepada dunia kewartawanan dan telah menyumbang serta memainkan peranan besar dalam memperkasakan institusi media di negara ini.
“Secara peribadinya saya telah lama mengenali Allahyarham dan amat menghormati beliau. Saya pasti ramai lagi yang turut berkongsi rasa keakraban yang murni ini,” katanya.
Terdahulu, Allahyarham yang berusia 69 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pada 5.42 petang Selasa selepas bertarung dengan kanser hati.
Dalam hantaran itu, Muhyiddin turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, atas kehilangan insan tercinta.
BACA: Agong zahir takziah pemergian tokoh wartawan Ahmad A. Talib
“Moga Allah mengampuni dia, merahmati dia, memaafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal dia, dan memberi kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya.
Ahmad memulakan kerjaya sebagai wartawan dengan Bernama pada tahun 1972 sebelum menyandang pelbagai jawatan kanan di syarikat korporat termasuk di New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima Berhad (MPB).
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah Kem Perdana Sungai Besi, selepas Isyak.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue May 26 2020
Ahmad meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 5.42 petang Selasa selepas bertarung dengan kanser hati.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Jenazah Ahmad A. Talib selamat dikebumikan
Jenazah Ahmad tiba Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan kira-kira 7.40 malam untuk dimandikan dan dikafankan seterusnya disolatkan.
Pemergian Ahmad A. Talib kehilangan besar buat dunia kewartawanan - Muhyiddin
Semasa hayatnya, Allahyarham banyak menabur jasa dan bakti kepada dunia kewartawanan dan telah menyumbang serta memainkan peranan besar dalam memperkasakan institusi media di negara ini.
Wartawan veteran Datuk Ahmad A.Talib meninggal dunia
Wartawan veteran Datuk Ahmad A.Talib meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas bertarung dengan barah hati.