NATIONAL
Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN - Institut Integriti Malaysia

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menerusi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat rantau ASEAN.
Pemergian bekas Menteri Luar Thailand dan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Surin Pitsuwan, yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung hari ini merupakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh yang telah menunjukkan komitmen yang mendalam dalam usaha-usaha membudayakan integriti dalam kalangan negara serantau.
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menerusi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat rantau ASEAN.
"Kami menerima berita yang mengejutkan ini dengan penuh sedih.
"Tan Sri Dr Surin adalah seorang negarawan terbilang, seorang yang berilmu dan banyak mencurahkan bakti bukan sahaja kepada Thailand malah kepada dunia." jelasnya.
"Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan dan musibah ini.
"INTEGRITI juga mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh." jelasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami