awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Sri Surin Pitsuwan meninggal dunia akibat serangan jantung

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2017
09:43 MYT
Tan Sri Surin Pitsuwan meninggal dunia akibat serangan jantung
Allahyarham dikejarkan ke Hospital Ramkhamhaeng sebelum disahkan meninggal dunia. - Gambar fail
Bekas Menteri Luar Thailand dan Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Surin Abdul Halim Ismail Pitsuwan meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham berusia 68 tahun.
Portal Bangkok Post melaporkan, Abdul Halim dilaporkan rebah ketika beliau sedang membuat persediaan untuk menyampaikan ucapan di Perhimpunan Halal Thailand 2017 di Bitec, Bang Na di Bangkok.
Allahyarham dikejarkan ke Hospital Ramkhamhaeng sebelum disahkan meninggal dunia.
Sementara itu Setiausaha Agung Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tan Sri Mohd Fuzi Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini melahirkan rasa terkejut dan sedih beliau terhadap pemergian Allahyarham Dr Surin.
“Allahyarham Dr Surin adalah sahabat yang baik buat Yayasan WIEF dan menyokong program yang berkait rapat dengan pembangunan peluang perniagaan dan keusahawanan untuk manfaat masyarakat.
“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat ASEAN, apatah lagi sebagai individu yang banyak banyak menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan dalam organisasi serantau itu,” katanya.
BACA: Belasungkawa: Tan Sri Dr Surin Pitsuwan
BACA: Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN
Berikut adalah beberapa petikan laporan dan temubual Astro AWANI bersama Allahyarham Surin.
Topic Berkaitan
#Abdul Halim Ismail Pitsuwan
#ASEAN
#Bangkok
#Bitec
#Hospital Ramkhamhaeng
#meninggal dunia
#Perhimpunan Halal Thailand 2017
#Setiausaha Agung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan