awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemerdagangan manusia: Sembilan warga Indonesia diberkas di Pontian
Musk tuntut sehingga US$109.4 bilion daripada OpenAI atas "keuntungan salah"
Penyokong anjur solat hajat perdana, mohon keadilan buat Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik haiwan liar perlu waspada, ia boleh bertukar ganas

Bernama
Bernama
20/06/2019
22:27 MYT
Pemilik haiwan liar perlu waspada, ia boleh bertukar ganas
Seorang warga emas maut akibat digigit seekor beruk jantan dalam kejadian di Kuala Nerus. -Gambar fail
Haiwan liar masih cenderung bertindak ganas meskipun telah dipelihara sejak kecil dan hidup jauh dari habitat asal mereka.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata orang ramai kadang kala tidak menyedari perkara itu malah ada yang mengabaikan keganasan haiwan berkenaan kerana sayang dan telah lama dibela.
"Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa hidupan liar tidak sepenuhnya jinak walaupun dipelihara sejak kecil dan haiwan tersebut masih cenderung pada naluri asal mereka," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai kejadian di mana seorang warga emas maut akibat digigit seekor beruk jantan baru-baru ini.
BACA: Warga emas maut diserang beruk
Kejadian itu berlaku di Kampung Leban Besar, Tepoh Kuala Nerus dan beruk terbabit merupakan peliharaan mangsa, Ngah Muhammad, 72, sejak lima tahun lepas.
Bagaimanapun Abdul Malek berkata kecederaan yang disebabkan haiwan liar jarang berlaku dan mengikut rekod Perhilitan Negeri Terengganu hanya terdapat satu kes tahun ini dan dua kes tahun lepas.
Berikutan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada Perhilitan sebelum bertindak memelihara hidupan liar dengan mendapatkan maklumat tepat terutama berkaitan risiko pemeliharaan.
"Pemilik perlu memastikan keperluan dan sensitif dengan perubahan perlakuan haiwan yang dipelihara," katanya.
Abdul Malek turut menyarankan orang ramai supaya segera memaklumkan kepada Perhilitan apabila berlaku kes yang melibatkan haiwan liar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beruk jantan
#Dr Abdul Malek Mohd Yusof
#haiwan liar
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
#Kampung Leban Besar
#Ngah Muhammad
#Pemilik haiwan liar
#Perhilitan
#Perhilitan Terengganu
#terengganu
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan