Seorang pemuda berusia 36 tahun maut tertimbus tanah dalam satu kejadian di Bukit Peraksi, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Dunstan Anak Peter, 36 tahun maut selepas tanah menimbusnya ketika kerja-kerja menurunkan gelung simen bagi membina perigi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustafar, mangsa bersama seorang lagi rakannya menggali tanah berdekatan Rumah Anak Yatim Bukit Peraksi bagi membina telaga.

mangsa dikenali sebagai Dunstan Anak Peter, 36 tahun maut selepas tanah menimbusnya ketika kerja-kerja menurunkan gelung simen bagi membina perigi. - Foto Astro AWANI

Mangsa bersama rakannya menggali tanah menggunakan jentolak sebelum mangsa turun di kedalaman tiga meter untuk membawa turun gelung simen.

Bagaimana secara tiba-tiba tanah runtuh dan menimbus mangsa.

mangsa bersama seorang lagi rakannya menggali tanah berdekatan Rumah Anak Yatim Bukit Peraksi bagi membina telaga. - Foto Astro AWANI

Penduduk setempat membantu mengeluarkan mangsa sebelum dibawa ke klinik berdekatan.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis, di sini untuk bedah siasat.