awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan bekalan air akibat pencemaran diesel pada tahap 77 peratus

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
23/07/2019
02:54 MYT
Pemulihan bekalan air akibat pencemaran diesel pada tahap 77 peratus
Pemulihan bekalan air secara berperingkat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor susulan pencemaran diesel mencapai tahap 77 peratus setakat jam 6 pagi Selasa. -Gambar fail
Pemulihan bekalan air secara berperingkat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor susulan pencemaran diesel mencapai tahap 77 peratus setakat jam 6 pagi Selasa.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan proses pemulihan bekalan air secara berperingkat sedang berlangsung.
Berikut jumlah kawasan dan jumlah akaun pelanggan berdaftar yang terjejas serta sasaran pemulihan bekalan air:
Berikut jumlah kawasan dan jumlah akaun pelanggan berdaftar yang terjejas serta sasaran pemulihan bekalan air:
Berikut jumlah kawasan dan jumlah akaun pelanggan berdaftar yang terjejas serta sasaran pemulihan bekalan air:
BACA: Empat loji rawatan air dihenti tugas susulan pencemaran minyak diesel
BACA: Tak mungkin salur minyak tercabut sebab angin - MB Selangor
Setakat ini, bantuan lori tangki air terus digerakkan selain pengaktifan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam bagi menyalurkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas.
Pada masa sama, pelanggan juga boleh mendapatkan bekalan air melalui pili-pili air awam yang disediakan.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari percaya kemungkinan besar pencemaran Sungai Selangor yang menyebabkan berlaku gangguan bekalan air di Selangor buat sekian kalinya adalah daripada perbuatan khianat.
Beliau yang melihat sendiri kawasan terlibat pada Isnin memberitahu, minyak diesel dan benzena yang dikesan petang Ahad didapati masuk ke aliran air dari sebuah pontun yang sudah tidak beroperasi sejak dua bulan lalu.
Topic Berkaitan
#air
#berperingkat
#Kuala Lumpur
#Pulih
#Selangor
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan