Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melahirkan rasa sedih, terharu dan geram susulan isu pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim Pasir Gudang pada Khamis lepas yang menyebakan ramai yang sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.

Katanya, 308 mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) setakat 4 petang tadi.

“Saya sedih terharu dan geram. Sedih kerana melihat anak-anak saya dan guru, para pekerja sekolah merupakan ahli keluarga Kementerian Pendidikan menerima bencana yang tidak boleh diterima.

“Keselamatan untuk anak murid, pekerja dan guru sekolah harus diberi keutamaan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke HIS, di sini, petang tadi.

Jelas Maszlee, keselamatan pelajar sekolah termasuk guru dan kakitangan perlu diberi keutamaan. - Foto Astro AWANI

BACA: Dr Maszlee lawat mangsa pencemaran bahan kimia di HSI


Katanya, daripada 308 mangsa itu, 266 orang telah menerima rawatan di (HSI).

Sementara, 42 orang iaitu 35 pelajar dan tujuh orang awam pula menerima rawatan di HSA.

Katanya lima mangsa kini berada di Zon Kritikal, 19 orang di Zon Kuning dan di Zon Hijau seramai 18 mangsa.

Keselamatan untuk anak murid, pekerja dan guru sekolah harus diberi keutamaan. - Foto Astro AWANI


Jelas Maszlee, keselamatan pelajar sekolah termasuk guru dan kakitangan perlu diberi keutamaan.

Pihaknya juga berharap pihak yang bertanggungjawab terbabit akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Ditanya keperluan menutup sekolah-sekolah berdekatan lokasi kejadian, Dr Maszlee memberitahu, pihaknya akan mendengar saranan daripada pelbagai pihak dalam satu taklimat yang akan diadakan kelak sebelum membuat sebarang keputusan.