Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin dibebaskan dari penjara sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan rayuannya terhadap sabitan hukuman mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan perkataan berunsur hasutan.
Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Hakim Datuk Abdul Halim Aman selepas mempertimbangkan alasan yang dikemukakan oleh dua peguam mewakili tertuduh iaitu Mohd Radzlan Jalaludin dan Ariff Azami Hussein.
Beliau turut memerintahkan penceramah bebas berumur 37 tahun itu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah jika diperbaharui dan melarang Wan Ji untuk ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah.
Wan Ji yang menjalani hukuman penjara dua hari di Penjara Kajang, memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah sama pada Selasa lepas dan mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman pada hari yang sama.
BACA: Rayuan ditolak, hukuman penjara 9 bulan Wan Ji dipinda kepada setahun
Sementara itu, Mohd Radzlan yang ditemui selepas prosiding berkenaan berkata pihaknya mengemukakan 18 alasan kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman Wan Ji.
"Antara alasan yang dikemukakan pihak kami adalah tempoh masa penjara yang perlu dijalani Wan Ji itu lama dan dia merupakan penanggung tunggal yang perlu memastikan kebajikan anak dan keluarganya terjamin," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Wan Ji dijatuhi hukuman penjara setahun selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak rayuannya kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor tujuh tahun lepas.
BACA: Hukuman Wanji berat, mansuhkan akta hasutan - Pemuda PH
Abdul Halim menjatuhkan hukuman berkenaan setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan dengan menambah hukuman Wan Ji dari sembilan bulan kepada setahun.
Wan Ji, didakwa pada 10 Sept 2014, menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, pada 10 pagi, 5 Nov 2012.
Dia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Untuk kesalahan kedua dan seterusnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Astro Awani
Fri Jul 12 2019
Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penangguhan hukuman terhadap Wan Ji sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan. - BERNAMA
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Niaga AWANI: Nestle Malaysia naikkan harga 22 produknya mulai 1 Julai 2024 hingga 6 peratus
Nestle (Malaysia) Bhd dijadual menaikkan harga bagi 22 produknya mulai 1 Julai, menurut Gabungan Persatuan Peniaga Barangan Pelbagai Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MyIPO mempelopori projek Agriculture 4.0
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengumumkan bahawa MyIPO telah dipilih oleh World Intellectural Property Organisation (WIPO) sebagai salah satu negara di Asian Tenggara (ASEAN) untuk mempelopori projek Agriculture 4.0.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.