Benteng pemecah ombak yang dibina tahun lalu runtuh mengakibatkan 30 keluarga di Kampung Pantai Laut, di sini, hidup dalam kebimbangan.
Mereka bimbang rumah mereka akan runtuh memandangkan hakisan pantai sudah semakin hampir dengan kediaman mereka.
Keadaan berkenaan mengakibatkan beberapa penduduk terpaksa berpindah ke kawasan selamat.
Manakala sebahagian yang lain memindahkan harta benda ke rumah saudara-mara.
Penduduk, Mohamad Osman, berhadap pihak berwajib untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dengan membina semula benteng pemecah ombak.
"Bila datangnya tengkujuh, keluarga saya memang sangat risau sebab dua-tiga hari lepas, ombak sampai ke birai tangga. Kita mahu berlindung namun tiada tempat.
"Tunggu sekatat mana yang terdaya. Jadi hari in kami berharap yang berkenaan tolonglah ambil perhatian dan prihatin," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sementara itu, bagi seorang penduduk lain, Norhazura tidur malanya tidak akan lena kerana terlalu bimbang dengan ombak yang kuat.
"Ombak sampai ke depan rumahlah, sangat kuat. Tidak lena tidur malam kerana takut sampai saya lari dengan anak-anak pada waktu malam. Ombak kuat kan? Musim berangin pun takut juga, tapi itulah," kata Norhazura.
Begitu juga dengan Zuremi Mohamad, yang sependapat dengan Norhazura, dan berharap kerajaan dapat menyediakan kawasan penempatan semula untuk mereka yang berpindah.
"Setiap bulan Disember, tidur malam memang tidak akan lena kerana takut ombak. Barang-barang saya akan dibawa pindah ke rumah ibu saya. Itu yang saya bimbang sangat kerana rumah saya pun ada satu sahaja. Saya minta tolong kerajaan, tolonglah sediakan rumah sementara," kata Zuremi.
Sharom Abu Bakar
Sat Jan 02 2016
Antara rumah yang terletak di Kampung Pantai Laut, Paka, Dungun, Terengganu. Mereka bimbang rumah mereka akan runtuh memandangkan hakisan pantai sudah semakin hampir dengan kediaman mereka. - Gambar Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.