awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengaruh dadah mungkin punca pengganggur tikam anak saudara sendiri

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
29/01/2020
08:38 MYT
Pengaruh dadah mungkin punca pengganggur tikam anak saudara sendiri
Polis Terengganu tidak menolak kemungkinan pengaruh dadah antara punca seorang penganggur bertindak menikam anak saudaranya sendiri sehingga meninggal dunia. - Gambar hiasan
Polis Terengganu tidak menolak kemungkinan pengaruh dadah antara punca seorang penganggur bertindak menikam anak saudaranya sendiri sehingga meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bagaimanapun siasat lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.
Menurut Hanyan, pihaknya juga masih mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.
“Suspek juga telah direman selama seminggu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
BACA: "Saya maafkan dia..." - Bapa terima ketentuan anak ditikam adik sendiri BACA: Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut ditikam di dada oleh bapa saudara
Pada Isnin, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam oleh bapa saudaranya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang Ahad di Felda Cerul 2 Kemaman.
Suspek yang berusia 26 tahun itu dikatakan menikam mangsa di bahagian dada menggunakan pisau pemotong sayur.
Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Topic Berkaitan
#anak saudara sendiri
#pengaruh dadah
#punca pengganggur tikam
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan