awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Ambang Tahun Baharu: Polis keluarkan 12,437 saman
Agensi kemanusiaan PBB desak Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan
Malaysia perlu sampai mesej jelas perangi sindiket dadah - Lee
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendali pelancongan sukan air perlu utamakan soal keselamatan - MOTAC

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2019
15:01 MYT
Pengendali pelancongan sukan air perlu utamakan soal keselamatan - MOTAC
Terdapat pelanggan kemudahan sukan akuatik yang enggan memakai jaket keselamatan ketika berada di atas bot. - Gambar hiasan
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) menyarankan kepada pemain industri pelancongan khususnya yang melibatkan aktiviti di air agar menekankan soal keselamatan terhadap pelanggan mereka.
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, susulan beberapa kejadian aktiviti di air yang meragut nyawa, maka perlu ketegasan dalam soal keselamatan dibuat pemain industri itu.
"Saya ingin mengingatkan kepada pemain industri khususnya yang mengendalikan aktiviti air agar lebih tegas dalam soal keselamatan pelanggan khususnya pelancong.
"Saya kira terdapat keperluan untuk menambah syarat-syarat menyertai aktiviti tersebut dan diketatkan lagi bagi mengelak dari kejadian seumpama yang berlaku sebelum ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, susulan kejadian lemas melibatkan warga Yaman pada Sabtu di Langkawi, Kedah.
BACA: Selfie maut di lautan bergelora
Jelas Mohamaddin, pemain industri perlu bertegas dan memberikan keterangan lanjut kepada pelanggan mereka sebelum melakukan sebarang aktiviti pelancongan di darat, air mahupun udara.
"Jika boleh mereka-mereka ini khususnya pelancong luar diberi satu surat perakuan risiko aktiviti yang bakal mereka sertai.
"Jika mereka enggan menantangani surat perakuan risiko tersebut, tanpa kompromi mereka ini perlu dilarang menyertai aktiviti tersebut.
"Dalam kejadian sebelum ini saya yakin setiap pengendali aktiviti telah menjalankan tanggungjawab mereka seperti mengingatkan tentang pentingnya memakai jaket keselamatan.
"Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila terdapat pelanggan mereka yang enggan memakai jaket keselamatan ketika berada di atas bot," katanya.
Tambahnya, bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan bagi aktiviti-aktiviti tersebut, pengendali aktiviti perlu menambah seorang lagi petugas keselamatan bagi memantau pergerakan pelanggan mereka.
"Saya ingin sarankan agar pengendali menambah seorang lagi petugas keselamtan yang dikhususkan memantau pergerakan pelancong-pelancong yang menggunakan perkhidmatan mereka.
"Saya percaya jika ada petugas keselamatan yang sentiasa memantau, maka pelancong-pelancong ini akan akur dengan arahan dan peringatan yang diberikan," katanya.
Jelas Mohamaddin lagi, beliau akan mengarahkan setiap agensi berkaitan di bawah kementeriannya agar memantau ciri-ciri keselamatan yang digunakan pengendali pelancongan bagi tujuan menambah baik perkhidmatan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa dan saya akan mengarahkan agar setiap agensi berkaitan di bawah MOTAC di setiap negeri untuk memantau ciri-ciri keselamatan yang digunapakai pengendali-pengendali aktiviti terbabit," katanya.
Topic Berkaitan
#aspek keselamatan
#kementerian pelancongan
#Mohamaddin Ketapi
#MOTAC
#sukan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan