awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggantungan tidak adil, Sivarraajh belum kemuka rayuan - Zahid

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
06/12/2018
07:47 MYT
Penggantungan tidak adil, Sivarraajh belum kemuka rayuan - Zahid
Keputusan penggantungan ke atas Sivarraajh didakwa tidak adil memandangkan wakil rakyat MIC itu mempunyai notis 14 hari untuk kemuka rayuan. -Gambar fail
Barisan Nasional BN menuntut Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff untuk menarik balik keputusan penggantungan Anggota Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh dalam Dewan Rakyat.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan penggantungan yang dibuat Speaker semalam ke atas Sivarraajh adalah tidak adil memandangkan wakil rakyat MIC itu mempunyai notis 14 hari bagi mengemukakan rayuan.
"Kita lihat keputusan Speaker tidak adil. Ahli Parlimen Cameron Highlands kena ambil masa untuk buat notis bertulis dan diberi notis 14 hari.
"Kami ahli Parlimen BN menuntut keputusan penggantungan dan akui kesilapan, kami boleh maafkan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.
Terdahulu, berlaku perbalahan antara ahli Parlimen Barisan Nasional berhubung keputusan Speaker yang menggantung kedudukan Sivarraajh pada Rabu.
BACA: Status kerusi Parlimen tergantung, Sivarraajh diarah tinggalkan Dewan
BACA: Kedudukan Ahli Parlimen Cameron Highlands diketahui Isnin depan
Ia susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands.
Perbalahan itu berlaku hampir 15 minit dan Speaker Dewan Rakyat menegaskan akan membuat ketetapan mengenai kedudukan Sivarraajh pada Isnin, 10 Disember.
Keputusan Speaker itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan Anggota Parlimen BN dan bertindak keluar beramai-ramai sebagai tanda protes.
Topic Berkaitan
#anggota parlimen
#Cameron Highlands
#Dewan Rakyat
#MIC
#Mohamad Ariff Md Yusoff
#notis 14 hari
#pilihan raya
#PRU14
#Sivarraajh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan