Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN

Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN
Hamzah akan berbincang berhubung perkara itu dengan pegawai tertinggi sama ada dari Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk menyemak semula keputusan bekas Peguam Negara yang tidak meneruskan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau akan berbincang berhubung perkara itu dengan pegawai tertinggi sama ada dari Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.
“Isu terrorisme bukan hanya masalah dalam negara, tetapi juga di seluruh dunia,” katanya ketika ditanya sama ada kes 12 individu yang dikaitkan dengan LTTE perlu disemak semula.

Beliau berkata, tindakan tegas yang diambil adalah mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.
“Jika perlu, kita ambil tindakan tegas yang sewajarnya mengikut undang-undang dan perlembagaan sedia ada,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Anugerah Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

BACA: Jangan campur tangan, LTTE kekal kumpulan pengganas - Muhyiddin

BACA: Kenyataan penuh Peguam Negara Tommy Thomas berhubung perbicaraan LTTE

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebelum ini memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan LTTE.

Thomas menjelaskan keputusan beliau menggugurkan kesemua 34 pendakwaan terhadap kesemua 12 tertuduh dikaitkan dengan LTTE setelah membuat keputusan bahawa tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap mereka.

Seramai 12 individu ditahan polis pada 29 Oktober tahun lalu dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012.

Antara 12 individu ditahan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seremban Jata, P Gunasekaran dan ADUN Gadek, G Saminathan.



Tag: KDN, ADUN, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Harimau Pembebasan Tamil Eelam, LTTE, Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri, Tommy Thomas



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.