awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan vape tidak diharamkan - Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/10/2015
06:28 MYT
Penggunaan vape tidak diharamkan - Ismail Sabri
Hukum penggunaan vape dijelaskan sebagai haram oleh Mufti Wilayah Persekutuan. - Gambar Fail
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape.
Pengesahan itu dibuat Ismail dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebook.
Berita baik utk vapers, vaper brewers & peniaga vape..kabinet hari ini memutuskan utk tidak mengharamkan penggunaan vape.Tkasih kpd pm & kerajaan yg memahami aspirasi anak muda.
Posted by Ismail Sabri on
Dalam status beliau itu, Ismail memberitahu kabinet telah sebulat suara mengambil keputusan untuk tidak akan mengharamkan penggunaan vape selepas mengambil kira aspirasi anak muda.
Beliau juga turut menyampaikan rasa terima kasihnya kepada Perdana Menteri atas keputusan tersebut.
Sebelum ini, terdapat ura-ura penggunaan vape akan diharamkan selepas Mufti Wilayah Persekutuan mengesahkan bahawa vape haram digunakan oleh umat Islam.
Desakan turut disuarakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mahu Kementerian Kesihatan mengharamkan e-rokok selepas ia kini digunakan secara meluas oleh pelajar sekolah.
Semalam Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan sebagai berkata kerajaan tidak merancang untuk mengharamkan atau mengawal vape.
IRSYAD FATWA KE-63: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK / VAPORHukum Penggunaan Rokok Elektronik / VaporAlhamdulillah,...
Posted by Mufti Wilayah Persekutuan on
INFOGRAFIK: E-Rokok di Malaysia, fakta yang perlu anda tahu
Topic Berkaitan
#rokok elektronik
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan