awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tolak ancaman Trump, sedia bertindak balas terhadap sebarang serangan AS
Pesawat terhempas di Colombia, semua 15 penumpang terkorban
Nicki Minaj dakwa sebagai ‘peminat nombor satu’ Donald Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan larangan merokok: Kerajaan tolak cadangan wujudkan ruangan khas untuk perokok

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/10/2018
10:17 MYT
Penguatkuasaan larangan merokok: Kerajaan tolak cadangan wujudkan ruangan khas untuk perokok
Arahan larangan merokok di semua restoran dan premis di negara ini berkuat kuasa 1 Januari tahun depan. - Gambar hiasan/Pixabay
Kerajaan menolak cadangan pengusaha restoran untuk menyediakan ruangan khas untuk perokok selepas penguatkuasaan larangan merokok di semua premis terbabit bermula 1 Januari tahun depan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye menegaskan, cadangan tersebut ada dikemukakan pengusaha restoran tetapi ia tidak dapat diterima kerana pihaknya perlu mengutamakan kesihatan orang ramai, terutama di tempat awam.
Jelas beliau, masih terdapat banyak cara lain boleh digunakan perokok untuk menghilangkan ketagihan mereka, tetapi bukan dengan membawa cadangan seperti itu.
“Kawasan larangan yang kita nak perluaskan daripada (senarai) yang sedia ada adalah termasuk restoran-restoran yang tidak berhawa dingin.
“Sebelum ini, larangan merokok adalah (tertakluk pada) restoran yang berhawa dingin dan kita nak perluaskan kepada restoran yang tidak berhawa dingin,” ujar Boon Chye.
BACA: 30 persatuan perubatan sokong larangan merokok di tempat makan
Tambah beliau, pihak Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap perokok serta pemilik restoran yang ingkar dengan arahan yang ditetapkan.
Peniaga dan perokok yang tidak mematuhi peraturan terbabit boleh didakwa mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 32).
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Kesihatan, Peringkat Negeri Kedah di Alor Setar, siang tadi.
BACA: 'Larangan merokok di restoran, memang sudah tiba masanya'
Semalam, terdapat cadangan dalam kalangan pengusaha restoran yang mahu menyediakan ruang khas merokok bagi memudahkan pelanggan merokok tanpa mengganggu pelanggan bukan perokok lain.
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis di negara ini, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan dan cadangan itu sudah diluluskan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Kedai makan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan umum
#larangan merokok
#Lee Boon Chye
#perokok
#rakyat Malaysia
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan