awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam direman, bantu siasatan dakwaan rogol anak kandung

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2016
09:16 MYT
Penjawat awam direman, bantu siasatan dakwaan rogol anak kandung
Doktor yang memeriksa mangsa menghubungi polis pada jam 11.30 malam pada hari yang sama. - Sekadar gambar hiasan
Seorang penjawat awam ditahan dan direman seminggu sejak Jumaat lalu selepas disyaki merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.
Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya, di Keningau pada Jumaat lalu, selepas mangsa pelajar tingkatan satu membuat pemeriksaan di Hospital Keningau, sehari sebelum tangkapan dilakukan.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Ahmad Jawila, berkata mangsa memberitahu mengenai perbuatan bapanya kepada seorang rakan yang membawanya ke hospital, pada Khamis lalu.
BACA: Rogol anak kandung, bapa dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan
BACA: Kanak-kanak 8 tahun dipercayai dirogol ahli keluarga pengasuh
BACA: Dua remaja ditahan, dua diburu dipercayai rogol pelajar tingkatan satu
Katanya, doktor yang memeriksa mangsa menghubungi polis pada jam 11.30 malam pada hari yang sama, sebelum siasatan berhubung dakwaan mangsa dibuat.
Mangsa mendakwa dirogol bapanya 11 kali sejak Januari tahun ini hingga November lalu, namun kejadian itu dirahsiakan daripada pengetahuan ibunya kerana takut.
Suspek disiasat mengikut seksyen 376b Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Topic Berkaitan
#Keningau
#penjawat awam
#rogol
#rogol anak kandung
#sumbang mahram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan