awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbelanjaan tinggi untuk HSR tidak efisien - PM

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
30/05/2018
15:23 MYT
Perbelanjaan tinggi untuk HSR tidak efisien - PM
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Bersama Perdana Menteri di sini pada Rabu. Foto: Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perbelanjaan besar yang digunakan untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang hanya menyediakan kira-kira 100,000 peluang pekerjaan, sebagai tidak efisien.
“Untuk membelanjakan antara RM60 bilion hingga RM100 bilion bagi projek tersebut yang dikatakan membuka ribuan peluang pekerjaan adalah tidak efisien.
“Kami masih lagi mengkajinya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Bersama Perdana Menteri di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi platform Facebooknya yang berkata pembatalan projek HSR akan mengakibatkan negara kehilangan potensi kewujudan 110,000 peluang pekerjaan.
“Menerusi projek HSR juga, jumlah berkenaan juga menunjukkan peningkatan sehingga 442,000 peluang pekerjaan menjelang 2069,” tulisnya.
Pada pagi Rabu, Tun Mahathir telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang kedua sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
BACA: Pembatalan projek HSR muktamad, kemungkinan penalti RM500 juta
Hasil daripada mesyuarat tersebut juga Jemaah Menteri bersetuju memutuskan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dibatalkan, tertakluk kepada perbincangan dengan kerajaan Singapura kerana ia membabitkan implikasi kewangan yang tinggi.
Kerajaan juga memutuskan untuk tidak meneruskan projek MRT laluan ketiga.
Topic Berkaitan
#HSR
#Kereta Api Berkelajuan Tinggi
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#tidak efisien
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan