awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan kes Najib bermula hari ini

Bernama
Bernama
03/04/2019
02:12 MYT
Perbicaraan kes Najib bermula hari ini
Peguam Negara Tommy Thomas (gambar) akan mengetuai pasukan pendakwaan yang dibarisi peguam kanan yang dilantik sebagai DPP Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk V. Sithambaran. - Gambar fail
Perbicaraan kes tujuh pertuduhan RM42 juta milik SRC International melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bermula hari ini.
Secara kebetulannya, pada hari ini 10 tahun lepas, Najib, Anggota Parlimen Pekan, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia keenam.
Perbicaraan kes berprofil tinggi yang ditunggu-tunggu ini, akan dijalankan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada jam 2 petang.
Sehingga jam 9 pagi ini, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa.
Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram milik SRC Internatonal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
BACA: Kronologi kes SRC Najib
Peguam Negara Tommy Thomas akan mengetuai pasukan pendakwaan yang dibarisi peguam kanan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk V. Sithambaran.
Pasukan itu turut dibantu DPP Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Budiman Lufti Mohamed dan Muhammad Izzat Fauzan.
BACA: Perbicaraan Najib Razak bermula esok
Manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan, dibantu peguam Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Rahmat Hazlan dan Syahirah Hanapiah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#3 April
#angkat sumpah
#kes berprofil tinggi
#mahkamah
#Muhammad Shafee Abdullah
#Najib Razak
#pengubahan wang haram
#perdana menteri keenam
#salah guna kedudukan
#SRC International
#Tommy Thomas
#tujuh pertuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan