Perjanjian ECRL dijangka ditandatangani Malaysia-China pada Jumaat

Perjanjian ECRL dijangka ditandatangani Malaysia-China pada Jumaat
Tun Daim sudah tiba di Beijing dan sedang berunding mengenai perincian perjanjian berkenaan dengan China.
KUALA LUMPUR : Perjanjian mengenai Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dijangka ditandatangani antara Malaysia dan China di Beijing pada Jumaat, lapor akhbar Sin Chew Daily yang memetik sumber dalaman.

Laporan itu juga menyatakan, Tun Daim Zainuddin sudah tiba di Beijing dan sedang berunding mengenai perincian perjanjian berkenaan dengan China.

Tun Daim juga dijangka mengadakan sidang media berkenaan jam 2 petang Jumaat dari Kedutaan Malaysia di Beijing bagi mengumumkan perincian perjanjian berkenaan.
Kerajaan sebelum ini memaklumkan jajaran projek ECRL disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China.



Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang mengesahkan perkara berkenaan, berkata keputusan ini dijangka dicapai dalam lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke republik itu yang antara lain akan membincangkan untuk mengurangkan kos pembinaan projek mega berkenaan.

Kerajaan sebelum ini melantik Tun Daim sebagai utusan khas Perdana Menteri bagi mengetuai proses perundingan semula ECRL dengan kerajaan China supaya penyelesaian menang-menang diperolehi.





Tag: ECRL, Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Tun Daim, Media, China, Beijing, Negeri Sembilan, PH, Pakatan Harapan, Tun M


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.