Pernahkah anda terfikir dengan hanya beberapa gerakan jari pada skrin telefon pintar anda boleh menempah perkhidmatan teksi helikopter untuk membawa anda ke destinasi yang anda mahukan?
Kedengarannya agak luar biasa namun itulah yang akan ditawarkan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan helikopter pelancongan dan komersial, Heli Outpost Sdn Bhd yang diterajui seorang anak muda berusia 29 tahun dari pulau ini, Faiz Fahmi Sazali.
Aplikasi 'Heli Taxi' yang sedang dibangunkan itu dijangka siap dalam tempoh tiga bulan lagi, sekali gus akan memudahkan pelanggan menempah perkhidmatan mereka.
"Aplikasi ini menawarkan dua perkhidmatan iaitu 'Helicopter Tour' iaitu tempahan untuk mengelilingi Pulau Langkawi dan 'Helicopter Taxi' yang akan menerbangkan pelanggan terus ke destinasi yang dikehendaki seperti dari Alor Setar ke Ipoh," kata Faiz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan kepada Bernama.
Usahawan muda itu ditemui selepas pelancaran aplikasi tersebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini bersempena Karnival 'I Am Usahawan GO 4.0' anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Faiz berkata pada masa ini syarikatnya mempunyai 11 helikopter iaitu enam model Robinson 44 yang boleh memuatkan empat penumpang termasuk juruterbang serta lima model Robinson 66 berkapasiti lima penumpang, dengan tiga ditempatkan di Langkawi manakala baki berpangkalan di Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Port Dickson.
Katanya sejak beroperasi pada 2009, perkhidmatan yang ditawarkan syarikatnya mendapat sambutan memberangsangkan dengan kira-kira 5,000 penumpang direkodkan setahun dalam tempoh tiga tahun pertama beroperasi.
Jumlah itu semakin meningkat dan tahun lepas syarikat mencatatkan jumlah penumpang tertinggi setakat ini iaitu 18,000 orang, melibatkan purata 20 penerbangan sehari dengan kebanyakan pelanggan adalah pelancong dari Timur Tengah, katanya.
Sementara itu, Presiden DPMM Rizal Faris Mohideen Abdul Kader berkata penyediaan e-hailing 'Heli Taxi' itu merupakan sebahagian usaha ke arah ekonomi digital seperti yang digalakkan kerajaan.
"Perkembangan ekonomi digital begitu mendadak... kalau kita lambat kita akan ketinggalan dan di Langkawi ini Faiz adalah satu contoh usahawan ekonomi digital menerusi pembangunan aplikasi teksi helikopter itu yang merupakan satu perkara baharu dalam bidang perkhidmatan," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru usahawan memanfaatkan peluang yang ada memandangkan ekonomi digital kini dilihat semakin matang dan mula mengukuh di pasaran luar seperti China, Eropah, dan India.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2018
Aplikasi 'Heli Taxi' yang sedang dibangunkan itu dijangka siap dalam tempoh tiga bulan lagi, sekali gus akan memudahkan pelanggan menempah perkhidmatan mereka. - Foto Bernama
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Perkhidmatan teksi helikopter dilancar
Pernahkah anda terfikir dengan hanya beberapa gerakan jari pada skrin telefon pintar anda boleh menempah perkhidmatan teksi helikopter untuk membawa anda ke destinasi yang anda mahukan?