awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan Zamri sebagai Datuk Bandar Ipoh dipendekkan atas faktor kesihatan

Bernama
Bernama
24/04/2019
10:18 MYT
Perkhidmatan Zamri sebagai Datuk Bandar Ipoh dipendekkan atas faktor kesihatan
Zamri telah ditempatkan di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mulai 18 Feb bagi menjalani rawatan pemulihan. - Gambar fail
Tempoh perkhidmatan Datuk Zamri Man sebagai Datuk Bandar Ipoh telah dipendekkan mulai 17 Feb lepas atas faktor kesihatan, demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
JPA dalam kenyataan hari ini berkata Zamri telah ditempatkan di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mulai 18 Feb bagi menjalani rawatan pemulihan.
"Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengenal pasti calon pengganti yang bersesuaian dan akan melaksanakan pengisian jawatan tersebut dalam masa terdekat," kata JPA.
Justeru, JPA berkata dakwaan bahawa Zamri akan disingkirkan daripada jawatan itu kerana menghilangkan diri selama beberapa bulan adalah tidak tepat.
BACA: Perak bakal lantik Datuk Bandar Ipoh baharu
Pada Ahad lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, Paul Yong Choo Kiong dilaporkan berkata Datuk Bandar Ipoh yang baharu akan dilantik selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi menggantikan Zamri yang dikatakan 'menghilang' tanpa berita.
Menurutnya Zamri tidak hadir bertugas tanpa cuti (AWOL) dan tidak mengemukakan sebarang sijil sakit selama beberapa bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Bandar Ipoh
#faktor kesihatan
#Jabatan Perkhidmatan Awam
#JPA
#perkhidmatan
#Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
#Zamri Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan