Seperti yang kita sedia maklum, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering dilihat menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang untuk berkongsikan sesuatu perkara dari sudut pandangannya sendiri.

Terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, baginda menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah baginda dari sudut pandang sebagai Permaisuri Agong.

Rata-rata ramai netizen gemar melihat dan memuji pendekatan yang dilakukan oleh Tuanku Permaisuri Agong di setiap perkongsiannya sehingga ada beberapa yang menjadi tular dalam kalangan netizen yang suka melihat telatah baginda.

BACA: Tweet Raja Permaisuri Agong 'membawang' dengan Agong tarik perhatian

BACA: 'Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya!' - Tweet Raja Permaisuri Agong cuit hati netizen

Namun begitu, semakan di media sosial sebentar tadi mendapati, akaun Twitter rasmi milik Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui dan kelihatan seperti telah dinyahaktif.

Tangkapan skrin menunjukkan akaun Twitter Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui

Ketiadaan akaun media sosial Tuanku itu telah menjadi bahan bualan ramai netizen yang turut menyatakan rasa sedih mereka.

Berikut sebahagian respon yang diluahkan pengguna media sosial susulan tindakan Tuanku Permaisuri Agong yang mungkin telah nyah aktif akaunnya.


Malah, ada yang menyatakan bahawa Tuanku Permaisuri Agong menyahaktifkan akaun Twitternya kerana terdapat segelintir netizen mengeluarkan komen-komen negatif tentang perkongsian baginda.



Bagaimanapun, ramai yang mula meluahkan rasa sedih dan meminta Tuanku Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaunnya itu.