awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[PERSPEKTIF] Malaysia sebagai 'pollution haven'

Dr Anitha Rosland
Dr Anitha Rosland
03/01/2019
02:03 MYT
[PERSPEKTIF] Malaysia sebagai 'pollution haven'
Menurut laporan Los Angeles Times, sebahagian besar sisa plastik yang tertimbun di Pelabuhan Klang, Selangor adalah berasal dari Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
ISU lambakan sisa plastik di negara ini menjadi topik perbincangan hangat ketika ini.
Penyelidikan oleh Greenpeace Malaysia mendedahkan, negara ini telah menjadi tapak lambakan untuk kitar semula plastik dari lebih 19 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.
Di dalam bidang pengajian ekonomi pembangunan dan alam sekitar, lambakan sisa plastik ini berkait rapat dengan pollution haven hypothesis. Ia merujuk situasi di mana negara-negara maju “mencemar” alam sekitar di negara-negara sedang membangun melalui pemindahan operasi pengeluaran.
Adakah Malaysia boleh dikategorikan sebagai pollution haven?
Data semasa dan kajian-kajian terdahulu menunjukkan kecenderungan Malaysia menjadi sebagai sebuah negara pollution haven.
Menurut laporan dalam Los Angeles Times seperti yang diulas semula oleh Astro Awani, sebahagian besar sisa plastik yang tertimbun di Pelabuhan Klang, Selangor adalah berasal dari Amerika Syarikat. Menurut data kerajaan AS, Malaysia mengimport lebih 192,000 tan metrik sisa plastik pada 10 bulan pertama tahun lalu, sekali gus mencatat kenaikan sebanyak 132 peratus berbanding import tahun lepas. Ini adalah contoh kesan dalam bentuk pencemaran langsung.
Malaysia juga terkesan daripada pencemaran tak langsung akibat daripada proses pengeluaran. Ada tiga mekanisma pengeluaran yang menyumbang kepada pencemaran tak langsung.
Pertama, negara-negara maju memindahkan operasi pengeluaran mereka ke Malaysia melalui pelaburan langsung asing. Contohnya, kilang yang sudah beroperasi beberapa tahun di negara maju dan tidak lagi efisyen dipindahkan ke Malaysia. Kajian terdahulu menunjukkan Jepun adalah salah sebuah negara yang mengunapakai kaedah ini.
Kedua, negara-negara maju menjual barang modal dan barang penggunaan terpakai ke Malaysia. Jentera dan kereta terpakai yang tidak lagi mesra alam sekitar banyak dieksport ke Malaysia. Di Afrika, negara-negara Eropah mengeksport bas yang usianya melebihi 5 tahun.
Ketiga, Malaysia mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan pencemaran yang tinggi seperti kandungan karbon dan sisa pepejal. Bahan mentah ini diproses di Malaysia untuk menghasilkan barangan lain.
Dari perspektif perancangan ekonomi, Malaysia perlu mengira ‘jejak ekologi’ bagi setiap barangan yang dihasilkan. Bagi setiap produk yang dihasilkan, kita perlu mengetahui kandungan pencemaran dan penggunaan sumber alam semulajadi seperti air dan bahan api. Jika produk yang dihasilkan mengandungi nilai karbon yang tinggi, kita perlu tahu adakah ianya dieksport atau digunakan dalam negara.

* Dr Anitha Rosland merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia. ** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#Amerika Syarikat
#bahan buangan
#barang terpakai
#Jepun
#Kolumnis AWANI
#KolumnisAWANI
#Malaysia
#pencemaran
#sisa pepejal
#sisa plastik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan